Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:23
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Mufti puji masyarakat Islam buat pengorbanan ketika hadapi pelbagai ujian Covid-19

Jul 31, 2020 | 10:09 AM



MASYARAKAT Islam Singapura telah membuat pengorbanan dalam menempuhi pelbagai ujian berat yang belum pernah dilalui sebelum ini, terutama di tengah-tengah pandemik Covid-19. 



Antaranya jika dilihat hari ini, ramai yang masih belum mampu mendirikan solat Aidiladha mahupun Jumaat bersama jemaah lain di masjid.



Ini bertepatan dengan hari yang mulia ini yang mengingatkan kita akan maksud, nilai serta ganjaran pengorbanan.



Demikian kata Mufti Singapura, Ustaz Dr Nazirudin Nasir dalam khutbah Hari Raya Aidiladha bertajuk ‘Mengukuhkan Kerohanian Pada Saat Krisis’ di Masjid Maarof hari ini (15 Julai).



“Kisah pengorbanan para Anbiya serta keluarga mereka mengajar kita bahawa setiap pengorbanan yang dilakukan untuk Allah s.w.t. dan kebaikan tidak akan sia-sia. Bahkan pengorbanan itulah yang akan meninggikan darjat seorang hamba serta mendekatkan kita lagi kepada Allah s.w.t.



“Kita seharusnya ingat, bahawa pengorbanan yang benar-benar bernilai di sisi Allah, bukan terletak pada bentuk mahupun zahirnya. Akan tetapi pada niat dan taqwa di dalam hati,” kata beliau.



Dr Nazirudin turut memuji sikap masyarakat Islam di sini dalam membuat pengorbanan ini selain mencari penyesuaian agar ibadah korban juga dapat dilaksanakan.



Beliau berkata: “Alhamdullilah, masyarakat kita memahami keutamaan, serta roh dan hikmah di sebalik pensyariatan. Mereka melihat keterbatasan ini sebagai satu perkara yang positif. 



“Ia merupakan satu pengorbanan dalam usaha kita untuk membuat penyesuaian demi menjaga satu perkara yang begitu penting ketika berlaku penularan wabak, iaitu memelihara nyawa. Kita terus berusaha untuk mencari ruang kebaikan yang lain, sebagai contoh, berkorban di luar negara, di tempat-tempat di mana ibadah korban itu boleh terlaksana.”



Solat Aidiladha tahun ini akan diadakan secara terhad di masjid-masjid di sekitar negara.



Sebanyak 45 masjid mengadakan tiga sesi solat Hari Raya Haji, sementara lagi 20 masjid  mengadakan dua sesi. Seramai 8,790 jemaah, termasuk 40 jemaah wanita, telah mengerjakan solat Hari Raya Haji secara berjemaah di masjid-masjid ini. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >