Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Mufti: Ramadan peluang kongsi kebaikan dengan masyarakat

Ramadan tahun ini tidak kurang meriah atau peluang raih kebaikan walau ada keterbatasan ekoran Covid-19
Apr 18, 2021 | 05:30 AM



KETERBATASAN Ramadan tahun ini tidak bererti ia kurang bermakna atau kurang peluang meraih kebaikan.



Misalnya, meskipun orang ramai tidak dapat bertarawih secara berjemaah di masjid setiap malam seperti pada tahun-tahun prapandemik Covid-19, masih terdapat kebaikan dalam umat Islam di sini memberi ruang kepada saudaranya yang lain menunaikan ibadah tersebut.



"Apabila kita tidak dapat ke masjid kerana bukan giliran kita, sebenarnya kita berkongsi ruang dan peluang dengan anggota masyarakat lain, masyarakat Islam kita, bagi giliran mereka menunaikan solat tarawih.



"Ini bermakna kita berkongsi kebaikan yang ada, bukan hanya kita mengejarkan sesuatu itu untuk diri kita, tetapi juga untuk anggota masyarakat, yang disebutkan dalam Islam sebagai satu bentuk pengorbanan atau ithar," ujar Mufti Dr Nazirudin Mohd Nasir.



Beliau berkata demikian dalam pesanan khas bagi episod The BM Show yang diterbitkan petang semalam di Facebook dan Instagram Berita Harian Singapura.



Dr Nazirudin mengatakan bahawa walaupun keadaan bertambah baik tahun ini berbanding tahun lalu, tetap ada keterbatasan dalam meraikan bulan suci Ramadan.



Namun, ini tidak bermakna kurangnya kemeriahan dan peluang untuk meraih manfaat bulan mulia ini.



Selain berkongsi ruang dan peluang dengan orang Islam lain menunaikan solat tarawih di masjid, masyarakat Islam Singapura juga dapat meneruskan ibadat yang dikaitkan dengan Ramadan di rumah, di samping keluarga masing-masing.



Kata Mufti: "Kita tetap dapat meneruskan ibadah Ramadan, tarawih, berbuka, bertadarus dan sebagainya dengan keluarga di rumah - sesuatu yang kita pelajari pada tahun yang sudah, yang harus kita terus hidupkan kerana manfaat bagi keluarga sama pentingnya dengan manfaat bagi masyarakat."



Dr Nazirudin turut memuji sikap masyarakat Islam di sini dan bersyukur "berkat ketabahan, kesabaran, dan juga kerjasama masyarakat, keadaan penularan Covid-19 di Singapura bertambah lebih terkawal dan keadaan beransur pulih".



Ini juga bermakna lebih banyak aktiviti keagamaan di masjid dapat dilaksana semula.



Mufti turut menyampaikan ucapannya buat masyarakat dalam melalui bulan puasa ini, dengan berkata:



"Saya ingin mengucapkan kepada seluruh umat Islam Singapura agar dapat selamat menjalani ibadah puasa dalam bulan Ramadan dan menghidupkan bulan suci ini dengan amal ibadah, kebajikan, bantu-membantu antara satu sama lain, dan kesatuan dalam kalangan masyarakat dalam kita mengharungi apa sahaja cabaran.



"Ayuh kita jadikan Ramadan tahun ini Ramadan yang terbaik dalam kehidupan kita dengan memenuhi bulan ini dengan segala kebaikan yang mampu kita laksanakan."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >