Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Mufti sampaikan ucap selamat kepada masyarakat Kristian S'pura

Apr 10, 2020 | 09:03 AM



MUFTI Singapura, Dr Nazirudin Mohd Nasir, telah menyampaikan ucap selamat kepada masyarakat Kristian di sini bagi sambutan Minggu Suci, Good Friday dan Easter Sunday, sebagai memperingati Jesus Christ. 



Dalam ucapannya yang dikongsi di laman Facebook Majlis Ugama Islam Singapura semalam, Dr Nazirudin menyatakan Islam menghargai kedudukan dan peranan Jesus, terutama mukjizat penyembuhannya. 



"Jesus menganjurkan keamanan dan memohon keselamatan untuk pengikutnya dan kami juga diajar untuk sama-sama menganjurkan keamanan kepada orang lain. Kami benar-benar terangsang dengan persamaan antara kita, bukan hanya dalam cara kita memahami dunia, dan sejarah agama, tetapi juga pengorbanan bersama demi menjadikan dunia ini tempat yang lebih baik," kata Dr Nazirudin.



Dalam berdepan dengan cabaran penularan Covid-19 ini, Mufti menekankan pentingnya bagi masyarakat memperkukuh semangat dan memperteguh keimanan dan tradisi agar lebih optimis dalam menghadapi situasi dunia yang suram dan muram.



"Kami benar-benar memahami cabaran yang dihadapi masyarakat Kristian kerana tidak dapat meraikan acara-acara bermakna ini dengan cara paling ideal sekali. Kami juga hadapi keadaan serupa bagi Ramadan dan Hari Raya. Dengan ini terimalah simpati amat tulus kami untuk anggota masyarakat anda yang terjejas dengan pandemik ini. Kami harap anda akan terus bersabar dan dapat merayakannya dengan bermakna dengan orang-orang yang disayangi.



"Krisis ini akan menjadikan kita lebih beriltizam untuk menyokong satu sama lain sedang kita menghadapi masa depan dan dunia yang tidak menentu. Saya yakin dengan kesatuan yang lebih baik dan persahabatan lebih mendalam, kita akan muncul dengan lebih kuat sebagai rakyat Singapura yang bersatu-padu," kata Mufti mengakhiri kandungan suratnya itu. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >