Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:29
Maghrib
7:09
Isyak
8:23

Mufti: Umat Islam S'pura rai Hari Raya Aidiladha pada 10 Julai

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Mufti: Umat Islam S'pura rai Hari Raya Aidiladha pada 10 Julai

Jun 29, 2022 | 07:36 PM

MUFTI Dr Nazirudin Mohd Nasir mengisytiharkan awal  Zulhijah bermula pada Jumaat (1 Julai) dengan Hari Raya Aidiladha bakal diraikan umat Islam di Singapura pada 10 Julai ini.

Dalam satu kenyataan Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) pada Rabu, beliau menyatakan mengikut kiraan hisab, berdasarkan kriteria imkanur rukyah, anak bulan tidak mungkin dapat dilihat di atas ufuk Singapura setelah terbenam matahari petang tadi.

Ini bererti 30 Jun adalah hari pencukup bulan Zulkaedah sebanyak 30 hari.

“Oleh demikian, awal bulan Zulhijjah tahun 1443H di negara kita Singapura, jatuh pada  Jumaat bersamaan 1  Julai 2022 dan Hari Raya Aidiladha, jatuh pada hari Ahad bersamaan 10 Julai 2022.

“Selamat beribadah dalam bulan suci dan mulia Zulhijjah dan selamat menyambut Aidiladha dengan menghayati maksud dan tujuan pengorbanan,” jelas Dr Nazirudin.

 

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3