Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Mufti umum esok Hari Raya

May 12, 2021 | 05:30 AM



UMAT Islam Singapura bakal menyambut Hari Raya Aidilfitri esok.



Mengumumkan demikian, Mufti Singapura Dr Nazirudin Mohd Nasir berkata, mengikut kiraan hisab, anak bulan Syawal tidak mungkin dapat dilihat di atas ufuk Singapura ketika matahari terbenam petang tadi (semalam), kerana bulan telah terbenam lebih awal.



Ini bererti hari ini adalah hari pencukup bulan Ramadan 30 hari dan awal bulan Syawal tahun 1442H jatuh pada esok, Khamis, 13 Mei 2021.



Dalam kenyataan media yang dikeluarkan semalam, Mufti turut menambah:



"Semoga kita dapat menyambut Hari Raya Aidilfitri dengan menghayati erti kemenangan, walaupun dalam keadaan yang serba sederhana.



"Saya berdoa agar Allah menerima segala amal ibadah kita di dalam Ramadan dan memelihara masyarakat kita dari segala bahaya dan kemudaratan.



"Marilah kita teruskan semangat bertanggungjawab yang telah kita perjuangkan sejauh ini.



"Selamat Hari Raya. Maaf Zahir dan Batin."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >