Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Mufti umum 1 Syawal lusa

May 22, 2020 | 07:30 PM



 



 



Umat Islam di Singapura akan menyambut Hari Raya Aidilfitri pada Ahad (24 Mei). 



Ini bermakna esok adalah hari terakhir masyarakat Melayu / Islam berpuasa.



Dalam kenyataan media pada Jumaat (22 Mei), Mufti Dr Nazirudin Mohn Nasir berkata:



“Mengikut kiraan hisab, anak bulan Syawal tidak mungkin dapat dilihat di atas ufuk Singapura ketika matahari terbenam petang tadi, kerana bulan telah terbenam lebih awal. Ini bererti esok adalah hari penggenap bulan Ramadan 30 hari dan awal bulan Syawal tahun 1441H, iaitu Hari Raya Aidilfitri, jatuh pada lusa, Ahad bersamaan 24 Mei 2020.”



Menurut Dr Nazirudin, masyarakat Melayu / Islam di Singapura telah berjaya menjalani bulan Ramadan meskipun dalam suasana luar biasa yang mencabar akibat pandemik Covid-19.



“Pada masa yang sama, kita juga beriltizam untuk sama-sama mengatasi penularan wabak di Singapura. Teruskanlah usaha dan semangat ini, dan marilah kita menghayati maksud kejayaan di sebalik Aidilfitr,” ujar Dr Nazirudin.



“Izinkan saya untuk mengucapkan kepada anda semua “Selamat Hari Raya Aidilfitri”. Saya memohon kemaafan bagi segala kekurangan. Semoga Allah menerima kita sebagai hamba-hambaNya yang diredhai.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >