Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Muhammadiyah agih 2,000 beriani percuma pada 450 keluarga susah

Feb 15, 2021 | 05:30 AM



SEBANYAK 2,000 set beriani diagihkan secara percuma kelmarin kepada 450 keluarga terdiri daripada penerima zakat Persatuan Muhammadiyah dan mereka yang kurang berkemampuan.



Seramai lebih 80 relawan turun padang menyingsing lengan bagi menjayakan acara tersebut dengan menggunakan kenderaan mereka sendiri bagi menghantar beriani itu ke rumah penerima.



Projek amal Kongsi Briyani itu merupakan anjuran Persatuan Muhammadiyah dengan kerjasama Hezom Xpress yang menaja beriani tersebut.



Bagi setiap sumbangan ikhlas orang ramai kepada kempen ini sebanyak $12, Hezom Xpress Pte Ltd mengikrarkan satu set beriani.



Pengurus Hezom Xpress Pte Ltd, Cik Asnita Ahmad, berkata:



"Kami dari syarikat Hezom, menyokong usaha kebajikan yang dijalankan oleh Muhammadiyah. Kami percaya dengan kerjasama ini kami dapat sama-sama membantu lebih ramai lagi warga Singapura yang memerlukan."



Sejauh ini, projek amal itu berjaya mengumpul $24,000 di mana hasil derma kutipan akan disalurkan kepada dana Projek Infaq Ilmu.



Projek tersebut bakal membantu Muhammadiyah untuk melestarikan pembelajaran di bilik darjah dengan lebih berkesan, mengadakan prasarana yang lebih baik dan bermutu juga demi untuk memberi suasana pembelajaran yang lebih selesa dan aman.



Projek Infaq Ilmu juga bertujuan membantu usaha dakwah Muhammadiyah dalam mengajak masyarakat untuk terus bersikap progresif dalam kehidupan seharian dan peka dengan kehidupan masyarakat majmuk demi memelihara keharmonian antara bangsa dan agama di Singapura.



Presiden Persatuan Muhammadiyah, Ustaz Muhd Azri Azman, berkata sumbangan orang ramai bukan sahaja dapat menghadiahkan juadah kepada para penerima tetapi hasil derma kutipan juga dapat disalurkan kepada dana Projek Infaq Ilmu.



Ini boleh membantu usaha-usaha pendidikan dan dakwah seperti membantu golongan yang memerlukan dari segi yuran sekolah tadika dan madrasah separuh masa Muhammadiyah, katanya lagi.



Beliau melahirkan penghargaan atas sokongan yang diberikan, dan berkata sambutan dari masyarakat amat menggalakkan.



"Musim cuti perayaan seperti Tahun Baru Cina ini, biasanya kita akan meluangkan masa untuk bersama keluarga, dan kami di Muhammadiyah dengan kerjasama Hezom Xpress dan Project Goodwill Aid mengambil kesempatan ini untuk mengajak masyarakat berkongsi kegembiraan bersama mereka yang memerlukan," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >