Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Berita Utama
42
0

Muhammadiyah rasmikan premis baru di Pasir Ris

Nov 13, 2022 | 04:25 PM



RUMAH Kebajikan Muhammadiyah (RKM) merasmikan premis barunya di 101 Pasir Ris Road pada Ahad (13 Nov), dengan kemudahan dipertingkat untuk menyokong pembangunan peribadi penghuni serta proses peralihan mereka apabila dikembalikan ke pangkuan keluarga atau masyarakat kelak.





Antara perubahannya termasuk memperkenalkan struktur kediaman baru dalam kumpulan lebih kecil di mana sehingga enam penghuni RKM tinggal dalam sebuah unit yang serupa dengan rumah HDB. Ini berbeza berbanding premis sebelumnya di Bedok di mana kira-kira 16 penghuni RKM tinggal dalam sebuah unit.





Presiden Halimah Yacob selaku tetamu terhormat bagi majlis pembukaan rasmi rumah itu berkata penempatan semula RKM merupakan satu pencapaian ke arah menyediakan penghuni dengan sekitaran kehidupan yang aman dan kondusif untuk pulih daripada trauma mereka.





RKM terletak di sebelah taman Pasir Ris dengan pemandangan laut.





Antara kemudahan baru adalah bilik terapi bermain yang menggalakkan penghuni meluahkan emosi mereka menerusi aksi bermain, bilik interaktif yang mengandungi permainan realiti maya (VR), studio memasak di mana penghuni menjalani program ‘Masterchef’, serta Edu Hub yang membolehkan penghuni untuk mengakses komputer bagi pembelajaran dan menjalani Skim Tuisyen Mendaki.





Selain itu, RKM telah memanfaatkan teknologi baru untuk menjalankan penyeliaan mereka secara berkesan.





Atas sokongan Majlis Khidmat Sosial Kebangsaan (NCSS), kamera litar tertutup (CCTV) di RKM mempunyai keupayaan seperti analisis tingkal laku, pengesanan wajah dan pengawal maya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >