Subuh
5:45
Syuruk
7:04
Zuhur
1:10
Asar
4:26
Maghrib
7:13
Isyak
8:24

Muis agih $1.4j dana bantuan kepada lebih 4,000 pelajar tahun ini

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Muis agih $1.4j dana bantuan kepada lebih 4,000 pelajar tahun ini

Hampir $7 juta diagih kepada 21,000 penuntut sejak Dana Pendidikan Islam (IEF) diperkenal sekitar 13 tahun lalu
Nov 05, 2017 | 05:30 AM

HAMPIR $7 juta di bawah Dana Pendidikan Islam (IEF) telah diagihkan kepada sekitar 21,000 pelajar sejak dana itu diperkenal sekitar 13 tahun lalu.

Dana yang menawarkan bantuan menerusi subsidi bulanan dan yuran bahan pembelajaran bagi kelas-kelas pendidikan Islam sambilan itu dibiayai pungutan zakat.

Tahun ini sahaja, Muis mengagihkan sekitar $1.4 juta kepada sekitar 4,100 pelajar - jumlah tertinggi yang pernah diagihkan.

Para pelajar yang menerima bantuan itu dikategorikan kepada dua peringkat: Geran Memperkasa Pelajar dan Rebat Sokongan Keluarga.

Di bawah Geran Memperkasa Pelajar, setiap pelajar menerima subsidi yuran maksimum $300 setahun selain subsidi sehingga 90 peratus perkakas pembelajaran (buku, uniform dan lain-lain) dan dihadkan kepada $100 bagi setiap pelajar setahun.

Sementara Rebat Sokongan Keluarga pula bermakna setiap pelajar menerima bantuan yuran sekolah dua bulan (maksimum $60) setahun.

Pengarah Perancangan dan Pembangunan Kurikulum Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), Ustazah Farah Mahamood Aljunied, yang ditemui di majlis pengagihan IEF semalam berhara masjid menggalak para pelajar terus mengikuti keas, meskipun tidak mampu yuran.

"Ini tidak sepatutnya menghambat mereka mengikuti kelas-kelas kami.

"Muis peka dengan hal sebegini dan ingin memastikan tiada anak kita yang ketinggalan dalam pembelajaran agtererutama sekali jika mereka ingin menghadiri kelas di masjid.

"Dana ini akan diperluas jika perlu dan dengan tambahan daripada zakat, dapatlah kami agihkannya kepada para pelajar," jelas beliau,

Acara yang berlangsung di Masjid Assyakirin itu turut dihadiri oleh Mufti Dr Mohamed Fatris Bakaram.

Di majlis itu, Dr Mohamed Fatris telah menyampaikan Anugerah Pelajar Mulia kepada seramai 62 pelajar yang telah mempamerkan ciri-ciri dan kecemerlangan yang boleh dicontohi dalam 'mengejar' pendidikan Islam.

Salah seorang pelajar itu, Ayla Qistina Moohammad, 16 tahun, berharap anugerah tersebut akan dapat memberinya perangsang untuk membuat pencapaian terbaik bukan sahaja dalam bidang pendidikan, malah dalam kehidupan hariannya.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3