Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Muis agih $2 juta kepada golongan miskin, memerlukan Ramadan ini

Ini kenaikan 7 peratus berbanding $1.87 juta yang yang diagih tahun lalu
May 14, 2020 | 05:30 AM



MAJLIS Ugama Islam Singapura (Muis) akan mengagihkan bantuan kewangan berjumlah $2.01 juta kepada golongan miskin dan yang memerlukan dalam masyarakat pada Ramadan ini.



Ini merupakan satu kenaikan 7 peratus berbanding $1.87 juta yang diagihkan tahun lalu.



Kenaikan itu adalah disebabkan bilangan penerima bantuan kewangan yang bertambah di tengah-tengah situasi pandemik Covid-19 ini, kata Muis dalam kenyataannya.



Di samping itu, bilangan orang yang membayar zakat secara elektronik juga telah meningkat tahun ini, dengan 97 peratus pembayar zakat harta telah membuat transaksi zakat menggunakan wadah e-pembayaran dalam 19 hari pertama Ramadan ini.



Pengagihan wang tunai Ramadan itu akan dilakukan pada hari ini, dengan jumlah yang bakal diterima penerima tahun ini ialah antara $150 dengan $1,000, bergantung pada saiz isi rumah mereka.



"Lebih 6,900 isi rumah akan meraih manfaat daripada pengagihan Ramadan tahun ini.



"Ini termasuk 200 keluarga yang tidak menerima bantuan daripada Muis dan dirujuk oleh pusat-pusat khidmat keluarga," kata Muis.



Pengagihan Ramadan itu merangkumi dua komponen, iaitu bantuan wang tunai dan beg habuan Raya berkat sokongan kukuh masyarakat menerusi pengumpulan zakat tahunan.



Benefisiari yang merupakan penerima Skim Bantuan Jangka Panjang ComCare (dan anggota keluarga) dan penghuni beberapa rumah kebajikan terpilih akan menerima kedua-dua pengagihan wang tunai dan juga beg habuan Raya itu.



Sementara itu, penerima bantuan kewangan zakat dan keluarga terpilih yang dirujuk oleh pusat khidmat keluarga akan menerima pengagihan wang tunai.



Muis juga akan menghantar juadah buka puasa kepada penghuni Islam di rumah kebajikan tahun ini.



Sebelum ini, Muis biasanya menganjurkan majlis buka puasa bersama sehingga 200 tetamu dari 27 rumah kebajikan di Hab Islam Singapura setiap tahun.



Namun, disebabkan langkah pemutus rantaian jangkitan Covid-19 pada tahun ini, mereka akan meneruskan tradisi acara Rahmah Ramadan itu dengan menghantarkan makanan langsung ke rumah kebajikan tersebut.



Di samping itu, habuan kuih Raya juga akan dihantarkan kepada lebih 300 penerima Skim Bantuan Jangka Panjang ComCare dan penghuni rumah kebajikan.



Dalam pada itu, 97 peratus daripada lebih 17,000 orang telah membayar zakat harta secara elektronik dalam 19 hari pertama Ramadan ini.



Perangkaan itu jauh lebih tinggi jika dibandingkan dengan tahun-tahun yang lalu, dengan 42 peratus zakat harta dikumpulkan melalui kaedah pembayaran elektronik tahun lalu.



Muis telah menggalak umat Islam membayar zakat fitrah atau zakat harta secara digital tahun ini disebabkan situasi Covid-19.



Terdapat beberapa wadah untuk membayar zakat, termasuk melalui eNETS, PayNow, perbankan Internet DBS/POSB, di mesin AXS dan ATM dan juga menerusi OCBC Al-Wadiah dan CIMB Clicks.



"Dengan penyumbang lebih mahir menggunakan teknologi dan sekatan yang dilaksanakan disebabkan Covid-19, Muis menasihati masyarakat agar membuat sumbangan zakat mereka menerusi pembayaran dalam talian tahun ini.



"Kaedah pembayaran ini bukan hanya menyediakan kemudahan dari rumah, namun juga urus niaga yang lebih pantas dan senang bagi pembayaran zakat," kata Muis.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >