MUIS agih $2.7 juta dana wakaf kepada masjid, badan Islam dan golongan memerlukan, Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:38
Syuruk
7:02
Zuhur
1:09
Asar
4:34
Maghrib
7:14
Isyak
8:29

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat0

MUIS agih $2.7 juta dana wakaf kepada masjid, badan Islam dan golongan memerlukan

May 21, 2015 | 05:45 PM

MAJLIS Ugama Islam Singapura (Muis) telah mengagihkan $2,793,035 dana wakaf kepada masjid, madrasah, badan-badan Islam dan golongan yang memerlukan.

Ketua Eksekutif Muis, Haji Abdul Razak Maricar dan Mufti Singapura, Dr Mohamed Fatris Bakaram, telah merasmikan majlis pengagihan dana wakaf itu di Masjid Al-Mawaddah, di Buangkok, petang tadi.

Haji Abdul Razak dalam kenyataannya berkata pengagihan dana wakaf telah meningkat sejak sedekad lalu, berbanding $1.13 juta 10 tahun dahulu.

"Berteraskan aspirasi dan sokongan masyarakat Islam, pulangan daripada aset wakaf telah menghasilkan lonjakan yang amat positif. Tahun ini kita berupaya mengagihkan pulangan aset wakaf tiga kali ganda melebihi pengagihan sedekad lalu," katanya.

Halal Home-based Businesses
We want to help Halal Home-based Business owners during these tough times. See the link below.
Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map