Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Muis agih $4.1j pendapatan wakaf kepada benefisiari tahun ini

Dana disalurkan ke pertubuhan, badan amal Islam naik 40% untuk cecah lebih $403,000
Jun 16, 2022 | 05:30 AM



MAJLIS Ugama Islam Singapura (Muis) akan mengagihkan lebih $4.1 juta daripada pendapatan wakaf kendaliannya kepada pelbagai benefisiari tahun ini - 3 peratus lebih tinggi daripada tahun sebelumnya.



Dana wakaf yang disalurkan kepada pertubuhan dan badan amal Islam pula ditambah kepada $403,485 - 40 peratus lebih tinggi berbanding agihan tahun sebelumnya bagi menyokong pengendalian pelbagai program dan inisiatif, menurut Muis dalam kenyataannya semalam.



Muis berkata bantuan tersebut diagihkan berdasarkan keperluan masyarakat berbeza merangkumi lima kategori utama - pemerkasaan sosial; kesejahteraan fizikal dan mental; perlindungan, pemulihan dan makan-minum; kemanusiaan; dan persekitaran.



Ketua Eksekutif Muis, Encik Kadir Maideen, berkata agihan lebih tinggi itu disebabkan pendapatan lebih tinggi yang diraih tahun lalu melalui langkah proaktif anak syarikat Muis, Warees Investments, dalam menguruskan wakaf.



"Ini memastikan wakaf diuruskan dengan baik secara profesional dan aset-aset wakaf kekal berdaya saing di pasaran, di samping mengimbangi aspek ekonomi, masyarakat dan warisan.



"Meskipun menghadapi kesukaran semasa pandemik Covid-19, kami berjaya memastikan kadar penghunian wakaf kekal tinggi melalui beberapa inisiatif hartanah yang praktikal seperti penyewaan fleksibel dan pajakan jangka pendek," katanya semasa berucap di Majlis Pengagihan Wakaf 2022 yang diadakan di Hab Islam Singapura.



Daripada jumlah keseluruhan $4,117,524 yang akan diagihkan tahun ini, $2,896,083 disalurkan kepada benefisiari setempat manakala baki $1,221,441 akan disalurkan kepada benefisiari asing.



Menurut Muis, enam madrasah sepenuh masa di sini serta madrasah sambilan di masjid akan menerima lebih $480,000 tahun ini.



Pengagihan ini akan menyokong program dan inisiatif madrasah bagi membangunkan pemimpin agama akan datang di Singapura serta bagi kerja-kerja peningkatan dan ubah elok.



Sebanyak $1,179,481 pula akan diagihkan kepada 21 masjid termasuk membiayai keperluan operasi harian, program, serta kerja peningkatan dan ubah elok masjid.



Pengagihan ini akan melengkapkan sokongan dana lain bagi masjid termasuk melalui Dana Pembinaan Masjid dan Mendaki (MBMF) dan pengumpulan dana umum, sama ada secara fizikal mahupun digital seperti melalui OurMasjid.sg.



Sementara itu, lebih $100,000 daripada agihan itu disalurkan kepada dana menyediakan khidmat pengebumian secara percuma kepada golongan fakir miskin.



"Ini bersesuaian dengan objektif para wakif. Perbelanjaan pengebumian telah meningkat sejak kebelakangan ini, terutama semasa pandemik, ekoran faktor seperti kekurangan tenaga manusia dan tekanan inflasi.



"Muis berharap sokongan kewangan daripada wakaf dapat membantu menangani sebahagian cabaran yang dihadapi anggota keluarga yang bersedih setelah pemergian orang tersayang," kata Encik Kadir.



LAPORAN SELANJUTNYA: Mutawalli main peranan penting urus aset wakaf




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >