Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Muis agih $42j zakat tahun ini

Staf Muis turut agih bubur, bunga mawar dan buah-buahan kepada penduduk Serangoon North
May 22, 2019 | 05:30 AM



MAJLIS Ugama Islam Singapura (Muis) akan mengagihkan zakat berjumlah lebih $42 juta kepada penerima di bawah senarai lapan asnaf, atau golongan yang layak menerima zakat, tahun ini.



Daripada jumlah tersebut, $2.2 juta dibahagikan pada Ramadan ini, termasuk $2 juta bonus kepada lebih 6,650 keluarga dan individu, serta $192,000 untuk menyokong program Muis dan masjid bagi penerima zakat.



Secara berasingan, Muis minggu lalu turut mengagihkan $4.8 juta daripada pendapatan tahunan wakaf yang ditadbir Muis - kenaikan 61 peratus berbanding tahun-tahun lalu.



Ketua Eksekutif Muis, Encik Esa Masood, melaporkan perangkaan itu semasa berucap di majlis Buka Puasa Muis di Masjid Al-Istiqamah, Serangoon North, semalam.



Menurut Encik Esa, jumlah $42 juta zakat yang diagihkan tahun ini merupakan jumlah sama sumbangan zakat masyarakat Islam kepada Muis tahun lalu.



"Ini merupakan jumlah yang meningkat dengan mantap setiap tahun, mencerminkan semangat memberi dan komitmen masyarakat kepada keadilan sosial, yang merupakan antara prinsip dan nilai Islam," kata Encik Esa.



Beliau turut mengulas kenaikan pengagihan daripada pendapatan wakaf tahun ini, setelah Muis mengambil alih pengurusan empat wakaf baru.



Daripada $4.8 juta yang diagihkan daripada pendapatan wakaf, $1.7 juta disalurkan kepada 32 masjid untuk operasi serta kerja peningkatan, manakala $390,000 pula disalurkan kepada 30 badan Muslim untuk pelbagai program sosial, pendidikan dan penjagaan kesihatan.



Sebanyak $400,000, termasuk pengagihan daripada Wakaf Ilmu, pula disumbangkan kepada madrasah sepenuh masa dan sambilan.



Turut hadir di acara buka puasa itu ialah tetamu terhormat, Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, Anggota Parlimen Melayu/Islam yang lain, diplomat, pemimpin keagamaan, serta pemimpin badan Melayu dan India Muslim.



Majlis tahunan itu bertujuan menyebar sifat rahmah sambil mempererat jalinan antara Muis dengan rakan masyarakatnya.



Awal sebelum itu, kakitangan Muis dan keluarga mereka, bersama sukarelawan Masjid Al-Istiqamah serta inisiatif antara agama Roses of Peace, mengagihkan bubur, bunga mawar dan buah-buahan kepada penduduk tidak kira kaum di kawasan Serangoon North.



Mereka telah pergi rumah ke rumah untuk mengunjungi 200 unit flat, termasuk flat sewa.



Kakitangan Muis juga telah mengunjungi institusi masyarakat dan keagamaan lain di sekitar kawasan itu termasuk Gereja Yio Chu Kang, Kuil Hiang Foo Siang dan Kuil Sri Darma Muneeswaran untuk memberikan hadiah bagi memupuk hubungan mesra.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >