Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Muis agih $500,000 buat manfaat 3,500 pelajar madrasah, sokongan program dalam tempoh sukar Covid-19

Dec 28, 2020 | 05:25 PM







ENAM madrasah sepenuh masa di Singapura akan menerima pengagihan khas sekali berjumlah $500,000 daripada Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) untuk menyokong program pelajar.



Dana itu diberikan memandangkan cabaran yang dihadapi sektor madrasah, termasuk dari segi derma yang berkurangan dan kos meningkat semasa pandemik Covid-19 ini, menurut satu kenyataan Muis pada Isnin (29 Disember).



Dana itu akan menyokong program pelajar madrasah, dan akan memberi manfaat kepada sekitar 3,500 pelajar madrasah.



Jumlah yang diterima setiap madrasah itu adalah mengikut bilangan pelajar dalam setiap madrasah.



Madrasah Irsyad Zuhri Al-Islamiah akan menerima $167,649, Madrasah Aljunied Al-Islamiah sebanyak $76,459, Madrasah Al-Arabiah Al-Islamiah sebanyak $43,490, Madrasah Alsagoff Al-Arabiah sebanyak $41,246, Madrasah Al-Ma’arif Al-Islamiah sebanyak $96,240, dan Madrasah Wak Tanjong Al-Islamiah sebanyak $74,916.



Menurut kenyataan Muis itu lagi, madrasah sebagai sekolah privet amat bergantung pada sokongan masyarakat.



Disebabkan Covid-19, madrasah setempat terpaksa menunda atau membatalkan beberapa acara pengumpulan dana.



Selain itu, penderma menghadapi kesukaran untuk mengunjungi madrasah secara fizikal bagi menderma.



“Ini telah mengakibatkan kekurangan ketara dalam pendapatan daripada sumber pengumpulan dana serta kempen derma biasa, seperti kutipan semasa solat Jumaat.



“Tambahan pula, pelaksanaan langkah pengurusan selamat di madrasah juga telah meningkatkan kos operasi,” kata Muis.



Madrasah setempat disokong menerusi yuran sekolah, serta geran daripada pelbagai sumber termasuk Dana Pembinaan Masjid dan Mendaki (MBMF), Baitulmal, Zakat, Dana Madrasah, Wakaf Ilmu serta dana pemerintah (dari segi Edusave dan pembangunan guru bagi subjek sekular).



Muis sebelum ini telah berganding bahu dengan pihak madrasah untuk membangun dan melancarkan portal OurMadrasah.sg pada 4 Disember lalu.



Sepanjang beberapa minggu lalu, sebanyak $50,000 telah dikumpul menerusi derma dalam talian di laman itu.



Orang ramai boleh terus menyumbang kepada madrasah menerusi laman tersebut, kata Muis lagi.



Ketua Eksekutif Muis, Encik Esa Masood, berkata pemimpin, guru dan pelajar madrasah telah menyesuaikan diri dengan baik dalam situasi mencabar sepanjang se

tahun lalu, dan terus menunjukkan prestasi baik.



“Pengagihan ini menandakan sokongan Muis yang berterusan kepada madrasah.



“Kami menggesa masyarakat untuk terus berdiri bersatu padu dengan madrasah kita agar mereka boleh meneruskan tugas penting memupuk generasi asatizah yang seterusnya untuk membimbing masyarakat kita,” kata Encik Esa.





Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >