Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Muis agih hasil wakaf ke madrasah, sesuai dengan niat wakif

Jun 21, 2021 | 10:03 PM



MAJLIS Ugama Islam Singapura (Muis) telah memindahkan harta wakaf asal milik Haji Pitchay Meerah Hussain ke sebuah harta komersial dengan tempoh pajakan 999 tahun di 11 Beach Road pada 2002 untuk memenuhi tujuan asal wakaf tersebut.



Dalam kenyataannya pada Isnin (21 Jun), Muis berkata bangunan asal yang terletak di No. 5 Lorong 9 Geylang, berada dalam keadaan usang dan tidak menjana sebarang pendapatan. Hartanah di 11 Beach Road pula ialah bangunan setinggi enam tingkat.



Antara lain, Warees Investments Pte Ltd dan Wareesan Management Pte Ltd , cabang pelaburan dan pengurusan aset Muis, mempunyai pejabat di sana, menurut maklumat di laman webnya Konsep wakaf Istibdal – yang turut diamalkan di negara-negara Muslim – telah digunakan dalam pemindahan aset harta wakaf ini, kata Muis.



“Muis menilai bahawa ini merupakan alternatif terbaik dan paling dekat untuk memenuhi keperluan wakif, memandangkan harta asal tidak lagi dapat digunakan sebagai madrasah.



“Muis berpendapat bahawa jika dibiarkan dalam keadaan dan lokasi asalnya, niat wakif untuk membuat Wakaf tidak dapat dicapai,” jelas Muis.



Wakif ialah orang yang meninggalkan wakaf. Setelah pemindahan ke bangunan enam tingkat itu, Muis berkata ia mampu mengagihkan hasil dari wakaf ke madrasah sepenuh masa, sesuai dengan niat asal wakif.



Menurut Muis, sepanjang tujuh tahun lalu, wakaf tersebut telah mengagihkan lebih $200,000 kepada Madrasah Al-Maarif, Madrasah Alsagoff dan Madrasah Wak Tanjong.



Satu catatan media sosial berkenaan pengurusan wakaf Haji Pitchay Meerah Hussain telah tersebar dalam talian baru-baru ini, di mana ia mendakwa wakaf tersebut telah diuruskan secara salah oleh Muis.



Catatan itu juga diiringi gambar sebuah kuil Cina yang dikatakan berada di alamat asal wakaf tersebut.



Catatan tersebut telah dikongsikan menerusi halaman Suara Melayu Singapura di Facebook dan sehingga semalam telah dikongsi lebih 700 kali.



Dalam kenyataan yang diterbitkan di laman webnya, Muis berkata dakwaan itu adalah palsu. Ia juga berkata ia sedang berusaha menghubungi ahli keluarga wakif yang masih hidup untuk meyakinkan mereka bahawa hasrat wakif masih lagi ditepati dan niat yang lebih meluas di sebalik penciptaan Wakaf akan terus dipenuhi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >