Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22

Muis agih zakat akhir tahun $3.01j, bantu 6,407 keluarga

Setempat
27
0

Muis agih zakat akhir tahun $3.01j, bantu 6,407 keluarga

Dec 24, 2020 | 06:35 PM

Wang zakat $3.01 juta telah diagihkan kepada 6,407 keluarga berpendapatan rendah pada akhir tahun ini.

Jumlah zakat ini adalah peningkatan sebanyak 11 peratus berbanding tahun lalu,  

Dalam kenyataannya semalam, Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) berkata Pengagihan Akhir Tahun (YED) dapat dilaksanakan atas sumbangan ikhlas Zakat dari masyarakat meskipun negara ini sedang mengharungi pandemik Covid-19.

Pengagihan tahunan ini diberi kepada keluarga dan individu yang menerima Bantuan Kewangan Zakat Muis, menurut kenyataannya lagi. 

Lagi $617,000 pula diagih kepada lebih 8,400 kanak-kanak berusia 18 tahun dan ke bawah, melalui geran “reqab” atau pembelajaran tahunan. 

Keluarga yang mempunyai seorang anak akan mendapat geran pendidikan $100, manakala keluarga yang mempunyai dua anak atau lebih akan menerima $70 bagi setiap anak.

“Seperti tahun-tahun sebelum ini, YED bertujuan membantu menambahkan perbelanjaan keluarga dengan anak-anak yang aktif bersekolah sebelum penggal persekolahan bermula pada Januari 2021,” menurut Muis. 

“Muis ingin mengucapkan terima kasih kepada masyarakat Islam Singapura atas sokongan berterusan dan sumbangan zakat serta pendermaan sepanjang 2020.”

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3