Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PARLIMEN

Muis akan selidik khidmat penyembuhan rohani yang bertentangan Islam

Mar 02, 2021 | 05:30 AM



MAJLIS Ugama Islam Singapura (Muis) akan menyelidik secara menyeluruh individu yang kononnya menawarkan perkhidmatan penyembuhan rohani atas nama Islam, tetapi sebenarnya bertentangan dengan prinsip agama, kata Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.



"Muis memandang serius hal di mana individu mendakwa dapat menawarkan penyembuhan rohani atas nama Islam, walhal melanggar prinsip Islam kerana individu sedemikian menyesatkan dan mengelirukan masyarakat.



"Jika Muis dimaklumkan tentang individu-individu sebegitu dan amalan-amalan mereka, Muis akan melancarkan siasatan menyeluruh," kata Encik Masagos yang juga Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga.



Beliau berkata demikian dalam menjawab pertanyaan yang diajukan Dr Wan Rizal Wan Zakariah (GRC Jalan Besar) di Parlimen tentang tindakan yang diambil Muis terhadap individu sedemikian.



Dalam kes-kes sebelum ini, Muis telah memberi kaunseling kepada individu-individu tersebut dan mengarahkan mereka supaya berhenti amalan yang dilakukan yang melanggar prinsip agama Islam, tambah Encik Masagos.



Beliau turut menasihati masyarakat agar mendapatkan panduan agama daripada sumber yang bertauliah serta asatizah di bawah Skim Pengiktirafan Asatizah (ARS).



Sementara itu, Dr Wan Rizal juga bertanya sama ada terdapat rancangan untuk menyertakan khidmat penyembuhan rohani di bawah rangka kerja Pusat Penyedia Pendidikan Islam (IECP) yang mentadbir sekolah agama Islam di Singapura.



Encik Masagos berkata tiada rancangan berbuat demikian buat masa ini.



Dalam soalan berasingan yang ditujukan kepada Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, Encik Edwin Tong, Dr Wan Rizal menanyakan sama ada badan keagamaan di sini akan mempertimbang untuk menyediakan garis pandu bagi warga Singapura dengan bertambahnya kandungan keagamaan dari luar negara dalam talian.



Garis pandu itu dapat membantu warga Singapura "menavigasi dan menggunakan kandungan agama dalam talian yang sesuai dengan landskap sekular dan berbilang agama Singapura", kata beliau.



Memberi respon, Encik Tong berkata banyak organisasi keagamaan sudah pun menyediakan garis pandu kepada pengikut mereka berkenaan kandungan agama dalam talian.



"Mereka tekankan peri pentingnya penonton menjadi arif dan peka dan menolak kandungan yang dipenuhi kebencian serta yang menyebabkan permusuhan dengan orang lain," ujar Encik Tong.



Beliau menambah bahawa organisasi keagamaan di sini juga menghasilkan kandungan dalam talian mereka sendiri yang menggalakkan pemahaman silang agama dan berteraskan konteks masyarakat Singapura.



Memberi contoh, Encik Tong berkata Muis telah melancarkan SalamSG TV tahun lalu sebagai platform dalam talian bagi masyarakat Islam di sini mendapatkan kandungan serta panduan agama.



"Pemerintah akan terus memastikan bahawa kandungan ekstremis yang tidak serupa dengan ruang bersama dan keharmonian sosial kita tidak terus tersebar dalam talian.



"Namun, dengan apa yang boleh disebar di Internet, kami tidak mungkin dapat menghapuskan kesemua kandungan sedemikian.



"Oleh itu, kita mesti mempunyai pendekatan seluruh masyarakat untuk membantu rakyat Singapura menavigasi jumlah besar kandungan agama dalam talian, sambil bekerjasama dengan organisasi agama agar kita dapat melindungi dan meningkatkan keharmonian agama di Singapura," jelas Encik Tong.




MASAGOS: IA MENYESATKAN DAN MENGELIRUKAN PARLIMEN



"Muis memandang serius hal di mana individu mendakwa dapat menawarkan penyembuhan rohani atas nama Islam, walhal melanggar prinsip Islam kerana individu sedemikian menyesatkan dan mengelirukan masyarakat.

Jika Muis dimaklumkan tentang individu-individu sebegitu dan amalan-amalan mereka, Muis akan melancarkan siasatan menyeluruh."

- Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam.



EDWIN TONG: LINDUNGI DAN TINGKATKAN KEHARMONIAN AGAMA



"... Kita mesti mempunyai pendekatan seluruh masyarakat untuk membantu rakyat Singapura menavigasi jumlah besar kandungan agama dalam talian, sambil bekerjasama dengan organisasi agama agar kita dapat melindungi dan meningkatkan keharmonian agama di Singapura."
- Encik Edwin Tong, Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >