MAJLIS Ugama Islam Singapura (Muis) telah menjalankan latihan ulang kaji berhubung Peraturan Kewangan Masjid bagi kakitangan masjid dan anggota Lembaga Pentadbir Masjid (LPM) sejak beberapa tahun lalu.
Menerusi satu kenyataan semalam, Muis berkata ini bertujuan meningkatkan lebih kesedaran tentang pentingnya pengurusan kewangan yang baik.