PARLIMEN
Muis akan terus tekankan peniaga elak guna label mengelirukan
Dalam sidang Parlimen awal minggu ini, Encik Zhulkarnain Abdul Rahim (GRC Chua Chu Kang) mengemukakan pertanyaan tentang rancangan Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) mengawal selia atau mendidik pengendali makanan dan minuman tentang penggunaan pelekat yang menggunakan frasa Islam supaya dapat mengelakkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat mengenai status halal tempat makan dan minum berkenaan. Berikut jawapan bertulis Menteri bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.
PENSIJILAN halal merupakan sesuatu yang dibuat secara sukarela di Singapura.