Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Muis anjur forum bincang program vaksinasi Covid-19

Jan 16, 2021 | 05:30 AM



MAJLIS Ugama Islam Singapura (Muis) akan mengadakan forum perbincangan mengenai program vaksinasi Covid-19 yang telah dimulakan di Singapura menerusi satu program digitalnya Rabu ini.



Antara yang yang diketengahkan ialah tentang keprihatinan masyarakat mengenai pengambilan vaksin, termasuk soal hukum halal haramnya dan risiko jika mengambil vaksin itu atau sebaliknya, jelas Muis dalam satu siaran di Facebook semalam.



"Penularan Covid-19 seperti tiada kesudahannya. Kita amat bersyukur mempunyai pemerintah yang cekap dan tangkas dalam menangani penyakit ini.



"Singapura telah memulakan pemberian vaksin kepada dan masyarakat umum boleh juga mendapatkan suntikan vaksin.



"Soalannya, halal atau tidak vaksin itu? Apakah risiko jika kita mengambil vaksin itu? Ambil atau tidak?" menurut catatan tersebut.



Perbincangan akan diadakan bersama Ustaz Dr Mohammad Hannan Hassan, Timbalan Mufti Singapura; Ustaz Fathurrahman Dawoed, ahli Jawatankuasa Fatwa Muis dan Dr Nurhidayati Mohamed Suphan, Doktor Pakar Perbidanan dan Sakit Puan serta Ustaz Muhammad Aiman Abdul Khalid selaku moderator.



Ikuti siaran perbincangan Rabu, 20 Januari, 8 malam - disiarkan langsung di Facebook Masjid Yusof Ishak dan Youtube SalamSG TV.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >