Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:07
Isyak
8:21

Muis: Arahan sekatan ISA terhadap guru agama sambilan peringatan pengaruh ekstremisme kekal bahaya

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Muis: Arahan sekatan ISA terhadap guru agama sambilan peringatan pengaruh ekstremisme kekal bahaya

Feb 09, 2021 | 06:41 PM

KES melibatkan warga Singapura berusia 34 tahun,  Ruqayyah Ramli, yang terpengaruh dengan ideologi radikal yang disampaikan suaminya adalah peringatan mengerikan bahawa pengaruh ekstremisme masih lagi wujud dan berbahaya hari ini khususnya yang didatangkan daripada sumber dalam talian.

Walaupun kumpulan militan ISIS mungkin sudah banyak dilemahkan sebagai sebuah pertubuhan, ideologi ganasnya kekal dan masyarakat Islam tidak harus bersikap sambil lewa.

Demikian menurut Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) dalam kenyataan pada Selasa (8 Februari), mengenai Ruqayyah, seorang guru agama sambilan, yang dikenakan Arahan Sekatan (RO) selama dua tahun di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Suaminya, Mohd Firdaus Kamal Intdzam, seorang warga Malaysia berusia 33 tahun yang bekerja sebagai pekerja pembersihan di sini, ditangkap pada Julai 2020 di bawah ISA kerana ingin menyertai perjuangan kumpulan militan ISIS.

Kata Muis:
“Walaupun Ruqayyah pada awalnya berasa sangsi, dia kemudian dipengaruhi suaminya dengan merasakan keganasan ISIS itu boleh diterima sehinggakan dia sanggup menemani suaminya dan membawa dua anak mereka ke Syria.

“Ini menunjukkan bahaya bagaimana pengajian sebegitu boleh tersebar dan kepentingan anggota keluarga melaporkan perkembangan sebegini kepada pihak berkuasa bagi campur tangan yang datang tepat pada masanya.”

Menurut Muis lagi, mengejutkan bahawa Ruqayyah adalah guru agama sambilan.

“Alhamdulillah, siasatan oleh agensi keselamatan tidak memberi sebarang gambaran bahawa individu ini cuba menyebarkan pandangan proradikalnya kepada orang lain.

“Pentauliahan Skim Pengiktirafan Asatizah (ARS) beliau telah digantung sejak 16 Oktober 2020 sejurus Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) memaklumkan perkara ini kepada Lembaga Pengiktirafan Asatizah.

“Kami berharap Ruqayyah akan menjauhi laluan radikalnya selepas menjalani kaunseling agama,” tambah Muis.

Muis juga menekankan bahawa Islam dan masyarakat Muslim Singapura dengan tegas menolak dan mengecam tindakan pengganasan di atas nama agama.

“Kami menggesa anggota keluarga, rakan, pelajar dan teman sekerja agar melaporkan mana-mana individu yang mendukung ideologi ganas atau ekstremis kepada pihak berkuasa yang relevan secepatnya bagi campur tangan yang sewajarnya.

“Secara bersama, kita boleh memainkan peranan kita dalam menjaga keselamatan masyarakat dan negara kita,” kata Muis.

 

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3