Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Muis, badan Islam kutuk video warga S'pura ISIS

Masyarakat digesa usah kongsi atau sebar video
Jan 02, 2018 | 05:30 AM



MAJLIS Ugama Islam Singapura (Muis) dan beberapa pertubuhan Melayu-Islam mengutuk sekeras-kerasnya video terbaru menampilkan rakyat Singapura yang menjadi anggota ISIS, Megat Shahdan Abdul Samad.



Dalam kenyataannya semalam, Muis juga menggesa orang Islam untuk tidak mengongsi bahan video itu kerana ia boleh menghantui minda yang lemah atau mereka yang tidak mempunyai bimbingan agama.



"Video terbaru ISIS adalah satu percubaan terdesak bagi menarik individu bagi menyebabkan pembunuhan beramai-ramai menggunakan namanya dan untuk menimbulkan permusuhan antara umat Islam dengan orang bukan Islam.



"Apabila Megat Shahdan, seorang warga Singapura pertama kali muncul dalam video pada September 2017, Muis telah mengutuk mesej ISIS terhadap keganasan dan pembunuhan tidak berakal.



"Mesej ISIS dengan terang-terangan tidak mempedulikan kesucian kehidupan manusia yang Islam berusaha untuk memelihara dan melindungi. Muis mengekalkan kedudukannya tanpa ragu-ragu,'' kata kenyataan Muis.



Dalam video selama lebih lapan minit dipercayai diterbitkan Jumaat lalu, Megat Shahdan, 39 tahun, serta dua lelaki lain yang berpakaian seragam tentera, menembak mati tiga lelaki.



Di akhir video itu, Megat Shahdan menggesa pengikutnya dalam bahasa Inggeris, agar mengukuhkan diri dan 'membunuh musuh Allah di mana sahaja yang mereka ditemui', sebelum menembak mati seorang lelaki.



"Muis menggesa umat Islam untuk tidak mengongsi bahan itu jika mereka menjumpainya. Video sebegitu menghantui minda yang lemah atau mereka yang tidak mempunyai bimbingan agama. Kita harus bersatu dan berhenti dalam penyebaran propaganda berbahaya ISIS,'' jelas Muis.



Apabila ragu terhadap kesahihan tuntutan mengenai agama yang ditunjukkan dalam video itu, Muis menggalak orang Islam untuk merujuk kepada asatizah bertauliah.



Dalam kenyataannya, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Persatuan Ulama Dan Guru- Guru Agama Islam Singapura (Pergas), Ustaz Mohammad Yusri Yubhi Md Yusoff juga menyatakan mesej disampaikan dalam video itu bertentangan dan tidak mempunyai kaitan dengan ajaran Islam.



"Ia merupakan perkembangan yang membimbangkan. Tindakan menumpahkan darah orang Islam atau bukan Islam dan mengambil nyawa mereka yang tidak bersalah adalah tindakan yang bertentangan dan langsung tidak mempunyai kaitan dengan ajaran Islam. Ajaran Islam yang sebenarnya mengajak kepada keadilan, kedamaian, kebebasan beragama, melindungi golongan yang lemah dan menyebarkan kebaikan.



"Tindakan ini perlu dikecam dan masyarakat Islam tidak sewajarnya menyokong perjuangan ataupun bersimpati dengan IS.



"Dalam hal ini, Islam melarang sebarang bentuk kezaliman dan penindasan daripada pihak atau agama mana pun,'' kata Ustaz Yusri.



Pengerusi Angkatan Karyawan Islam (AMP), Encik Abdul Hamid Abdullah menggalak rakyat Singapura untuk terus berwaspada dan proaktif, serta memaklumkan kepada pihak berkuasa jika terdapat individu yang dirasakan mempunyai ideologi pengganasan.




"Apabila Megat Shahdan, seorang warga Singapura pertama kali muncul dalam video pada September 2017, Muis telah mengutuk mesej ISIS terhadap keganasan dan pembunuhan tidak berakal. Mesej ISIS dengan terang-terangan tidak mempedulikan kesucian kehidupan manusia yang Islam berusaha untuk memelihara dan melindungi. Muis mengekalkan kedudukannya tanpa ragu-ragu.''
- Kenyataan Muis.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >