Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Muis bakal agih $3.5j zakat akhir tahun, jumlah tertinggi sejauh ini

Dec 23, 2021 | 05:30 AM



MAJLIS Ugama Islam Singapura (Muis) akan mengagihkan zakat sekitar $3.5 juta kepada 7,862 isi rumah berpendapatan rendah pada 2021 melalui pengagihan akhir tahun (YED) tahunan.



Jumlah yang diagihkan merupakan peningkatan sebanyak 18 peratus berbanding tahun lalu dan merupakan yang tertinggi pernah diagihkan Muis.



Peningkatan ini didorong oleh sokongan padu daripada masyarakat melalui kutipan zakat, kata Muis dalam kenyataannya semalam.



YED merupakan sokongan kewangan tambahan untuk penerima zakat Muis, di samping bantuan kewangan zakat bulanan yang mereka terima.



Menurut Muis, setiap bulan pihaknya mengagihkan sekitar $1.3 juta kepada 5,000 isi rumah berpendapatan rendah yang memerlukan bantuan kewangan.



"Perbelanjaan isi rumah akhir tahun seperti bil terkumpul, tunggakan, pinjaman, dan kos persediaan untuk tahun baru persekolahan boleh menjadi tempoh yang mencabar dan membebankan kepada penerima zakat kita, terutamanya mereka yang mempunyai anak yang bersekolah," ujar Muis.



Katanya, sejak 2012, Muis telah menyalurkan YED kepada penerima zakat untuk membantu mereka menguruskan perbelanjaan tersebut.



YED meliputi bantuan Reqab (pengajian) sebanyak $718,560 untuk keluarga yang mempunyai anak berusia 18 tahun ke bawah.



Melalui YED, sekitar 9,700 kanak-kanak yang bersekolah (jumlah peningkatan 16 peratus berbanding 2020) mendapat manfaat daripada bantuan tersebut demi untuk mengurangkan perbelanjaan pendidikan dan pembangunan.



Penerima zakat yang layak akan dimaklumkan melalui surat dan boleh mengharapkan untuk menerima pembayaran mereka antara akhir Disember 2021 hingga pertengahan Januari 2022, tambah Muis.




"Perbelanjaan isi rumah akhir tahun seperti bil terkumpul, tunggakan, pinjaman, dan kos persediaan untuk tahun baru persekolahan boleh menjadi tempoh yang mencabar dan membebankan kepada penerima zakat kita, terutamanya mereka yang mempunyai anak yang bersekolah."
- Majlis Ugama Islam Singapura (Muis).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >