Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Muis bakal laksana langkah selamat tambahan bagi solat Raya

May 08, 2021 | 05:30 AM



MAJLIS Ugama Islam Singapura (Muis) akan melaksanakan lebih banyak langkah pengurusan selamat agar masyarakat Islam dapat meraikan Hari Raya Aidilfitri Khamis ini.



Tempahan bagi solat Hari Raya akan dibuka Selasa ini jam 10 pagi. Tempahan boleh dilakukan di https://ourmosques.commonspaces.sg atau aplikasi Muslim.sg.



Jumlah tempat yang disediakan di setiap masjid akan diletakkan dalam sistem tempahan itu.



Muis mengingatkan agar jemaah yang sakit atau tidak dapat menghadiri solat itu agar membatalkan tempahan itu bagi memberi peluang kepada orang lain.



Pada malam Hari Raya, Mufti Dr Nazirudin Mohd Nasir akan mengetuai sekumpulan asatizah bagi bertakbir yang akan disiarkan secara langsung dalam SalamSG TV.



Pada pagi Hari Raya, masjid-masjid akan mengadakan solat Hari Raya berjemaah dengan pengurusan selamat.



Setiap masjid akan mengadakan tiga sesi dan setiap sesi dihadkan sehingga 100 jemaah di dua zon sebanyak 50 jemaah setiap zon.



Tempahan solat itu akan dapat ditempah melalui sistem tempahan masjid.



SalamSG TV akan menyiarkan khutbah Hari Raya Mufti bagi mereka yang tidak dapat menjalankan solat Hari Raya di masjid.



Bagi yang menjalankan solat Hari Raya di rumah bersama keluarga, Muis telah menyediakan pelbagai sumber di https://muslim.sg.



Dalam meraikan Hari Raya, Muis berkata perhimpunan sosial atau kunjungan ke rumah orang lain dihadkan kepada dua sehari.



Setiap isi rumah tidak harus menerima lebih lima pelawat unik setiap hari.



Mereka juga harus amalkan 'Salam Mufti' dengan tangan diletakkan di hati sebagai tanda salam.



Pelitup juga harus dipakai apabila mengunjungi anggota keluarga dan kawan di rumah mereka apabila tidak makan atau minum.



Makanan tidak harus dikongsi dengan orang lain tetapi sebaliknya peruntukan individu disediakan.



Jika sakit, duduklah di rumah dan jumpalah dengan doktor dan hindari dari ke tempat yang sesak.



"Kami menggalak setiap orang untuk mengurangkan perhimpunan fizikal dan berhubung sevara digital bersama keluarga dan kawan mereka jika boleh semasa musim Hari Raya.



Mufti Dr Nazirudin berkata masyarakat telah menjalani latihan sepanjang tahun dan bersedia menghadapi cabaran.



"Masyarakat kita telah menunjukkan keutuhan dan tanggungjawab sepanjang Ramadan dalam memenuhi tanggungjawab keagamaan. Saya faham ramai yang sedih dan kevewa dan varian baru yang lebih mudah berjangkit mengingatkan kita bahawa kita masih dalam pandemik. Oleh itu, mari kita jadikan musim Hari Raya ini selamat agar masyarakat dan negara kita selamat,'' ujarnya.



Dalam pada itu Kementerian Kesihatan (MOH) melaporkan 25 kes Covid-19 baru sehingga 12 tengah hari semalam, menjadikan jumlah kes di sini 61,311.



Ini termasuk empat kes baru dalam masyarakat.



Lagi 21 kes diimport dan kesemuanya telah dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) setibanya di Singapura, kata MOH.




''Masyarakat kita telah menunjukkan keutuhan dan tanggungjawab sepanjang Ramadan dalam memenuhi tanggungjawab keagamaan. Saya faham ramai yang sedih dan kevewa dan varian baru yang lebih mudah berjangkit mengingatkan kita bahawa kita masih dalam pandemik. Oleh itu, mari kita jadikan musim Hari Raya ini selamat agar masyarakat dan negara kita selamat.''
- Mufti Dr Nazirudin Mohd Nasir.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >