Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Muis bentuk dana baru $1.6j bantu isi rumah terjejas Covid-19

Aug 05, 2020 | 05:30 AM



MAJLIS Ugama Islam Singapura (Muis) telah mengumumkan pembentukan sebuah dana baru dengan peruntukan $1.6 juta bagi membantu meringankan beban kewangan isi rumah yang terjejas susulan ketidaktentuan ekonomi berpunca daripada wabak koronavirus Covid-19.



Dalam kenyataannya semalam, Muis berkata Dana Sokongan Covid-19 Muis (CMSF) itu akan membantu sekitar 4,000 isi rumah dengan mereka yang layak akan menerima bantuan kewangan sekali berjumlah $400.



Tambahan pula, bantuan CMSF juga merangkumi golongan individu bekerja sendiri dan pekerja terjejas dek kesan ekonomi Covid-19 dan sebanyak $200,000 akan diperuntuk buat para asatizah dan keluarga mereka.



Jelas Muis, bantuan ini dibuka untuk individu yang bukan penerima zakat atau bantuan kewangan ComCare, dengan pertimbangan tambahan akan diberikan kepada mereka yang belum menerima bantuan Covid-19 yang lain.



Ia juga ingin memberi sokongan kewangan kepada keluarga yang menyaksikan pembelajaran Islam anak mereka terpaksa terganggu kerana kekurangan dari segi kemampuan.



Selain golongan tersebut, mereka yang bekerja sendiri atau pekerja terjejas, juga boleh mendapatkan bantuan tersebut.



Namun Muis menegaskan bantuan tersebut tidak akan diberikan kepada individu yang tidak mempunyai pekerjaan sebelum tempoh bermulanya penularan Covid-19.



Permohonan bagi dana sokongan itu akan dibuka pada 10 Ogos 2020 sehingga hujung bulan ini.



Muis berkata, ramai warga Singapura yang terjejas dari segi kewangan akibat pandemik Covid-19 telah menerima bantuan daripada pemerintah menerusi pelbagai pakej bantuan yang dibentangkan sebelum ini.



"Sedang bantuan itu merupakan salah satu sumber sokongan yang penting, skim bantuan daripada masyarakat juga memainkan peranan yang penting bagi melengkapkan lagi skim bantuan nasional yang tersedia."



Kenyataan itu menjelaskan bahawa sejak permulaan tahun ini, Muis mendapati bahawa adanya kenaikan dari segi bilangan keluarga yang menerima bantuan kewangan bulanan Zakat yang turut "mencerminkan keadaan ekonomi yang mencabar ini."



Selain golongan pekerja berkenaan dan keluarga setempat yang layak menerima bantuan, Muis juga akan memperuntukkan $200,000 di bawah CMSF untuk menyokong asatizah dan keluarga mereka semasa wabak Covid-19 ini.



Geran tokokan sekali itu akan disalurkan kepada asatizah melalui Pakej Rahmah Persatuan Ulama dan Guru-Guru Agama Islam Singapura (Pergas).



"Persaudaraan asatizah juga terjejas oleh wabak Covid-19, terutama mereka yang bekerja sendiri dan melakukan pengajaran secara bebas. Ini disebabkan oleh penutupan masjid sebelum ini dan penangguhan kelas secara fizikal di masjid yang berterusan," tambah Muis.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >