Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Muis: Boleh ke masjid tanpa tempahan bergantung kepada ruang masjid

Sep 01, 2021 | 05:30 AM



PARA jemaah boleh ke masjid untuk mendirikan solat jemaah harian tanpa perlu membuat tempahan mulai hari ini tetapi ini tetap bergantung kepada ruang masjid, kata Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) semalam.



Individu yang divaksin sepenuhnya boleh mendirikan solat di 53 masjid yang menawarkan beberapa zon solat.



Jemaah yang tidak divaksin sepenuhnya yang ingin mendirikan solat di masjid-masjid itu perlu menjalani Ujian Praacara (PET) dan menghasilkan keputusan ujian Covid-19 yang negatif.



Sebagai alternatif, terdapat 13 masjid yang mempunyai satu zon yang tidak memerlukan PET.



Dalam pos Facebook yang dimuat naik Muis semalam, mereka menekankan bahawa jemaah akan dibenarkan masuk berdasarkan siapa dahulu didahulukan.



"Jemaah juga boleh mendirikan solat setelah sesi jemaah itu," kata Muis.



Menurutnya, kanak-kanak di bawah usia 12 tahun boleh mendirikan solat berjemaah tanpa PET.



Namun, ini berdasarkan kapasiti 20 peratus maksimum daripada jumlah jemaah keseluruhan.



Ruang juga disediakan bagi jemaah Muslimah dan ini juga tertakluk kepada siapa dahulu didahulukan, bergantung kepada ruang masjid.



Warga emas yang belum divaksin daripada Covid-19 digalakkan agar mendirikan solat di rumah demi keselamatan mereka, tambah Muis.



Buat masa ini, solat Jumaat masih memerlukan tempahan.



Jemaah yang divaksin sepenuhnya atau telah menjalani PET boleh menghadiri solat Jumaat di salah satu masjid yang menawarkan beberapa zon.



Bagi mereka yang tidak ada PET atau belum divaksin, mereka boleh ke masjid yang mempunyai satu zon.



Pendaftaran bagi solat Jumaat bagi 3 September dan 10 September telah dibuka semalam (31 Ogos).



Jemaah boleh membuat pendaftaran asalkan beliau tidak mendapat slot pada 27 Ogos.



Tempahan bagi baki slot yang masih ada dibuka setiap Khamis, 10 pagi.



Sebanyak 66 masjid kini menawarkan solat Jumaat antara satu dengan 10 zon, dengan setiap zon menampung 50 jemaah.



Mereka yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai senarai masjid yang menawarkan satu zon atau beberapa zon boleh mengunjungi https://www.muis.gov.sg/mosque/Friday-Prayer/Mosque-Prayer-Zones.




SOLAT JEMAAH HARIAN



- Individu yang divaksin sepenuhnya boleh mendirikan solat di 53 masjid yang menawarkan beberapa zon.



- Mereka yang belum divaksin sepenuhnya perlu menjalani PET dan menghasilkan keputusan ujian Covid-19 negatif



- Terdapat 13 masjid satu zon yang tidak memerlukan PET



- Kanak-kanak di bawah usia 12 tahun boleh menghadiri solat jemaah tanpa PET, bergantung kepada kapasiti maksimum 20 peratus daripada jumlah jemaah keseluruhan.



- Ruang disediakan bagi jemaah Muslimah tetapi bergantung kepada siapa dahulu didahulukan dan ruang masjid.



- Warga emas yang belum divaksin daripada Covid-19 digalakkan untuk solat di rumah demi keselamatan mereka.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >