Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Muis dekati peniaga, didik pengguna bagi tangani tuntutan palsu, gambaran salah produk halal

Jun 28, 2022 | 05:30 AM



MAJLIS Ugama Islam Singapura (Muis) berdepan lebih banyak cabaran menangani tuntutan palsu dan salah gambaran mengenai produk halal menerusi sepanduk, papan isyarat dan aplikasi bimbit dalam talian.



Ini berbanding dengan cabaran berkaitan iklan yang membuat tuntutan yang mengelirukan mengenai agama.



Muis berkata demikian sebagai respons kepada pertanyaan Berita Harian berhubung perspektif Singapura berkaitan iklan yang membuat tuntutan mengelirukan tentang agama.



Baru-baru ini, Malayaisa telah memperkenal kod etika baru yang mengawal dan memantau pengiklanan bagi menghalang sebarang penggunaan unsur agama bagi melariskan perniagaan atau pemasaran produk.



Kod Kandungan 2022 yang digubal Forum Kandungan Komunikasi dan Multmedia Malaysia (CMCF) itu juga bertujuan mengelak salah guna hujah serta unsur eksploitasi agama yang digunakan pengiklan atau pemilik produk untuk memikat hati pengguna.



Menurut jurucakap Muis:



"Sejak beberapa tahun lalu, cabaran yang dihadapi Muis lebih kepada tuntutan palsu dan gambaran salah mengenai halal, misalnya pada sepanduk, papan isyarat, dalam talian dan aplikasi bimbit.



"Muis terus menangani cabaran ini dengan berhubungan dengan pemilik perniagaan dan menerusi pendidikan awam agar anggota masyarakat dapat membuat keputusan bijak tentang pilihan mereka."



Kata jurucakap itu lagi, kawalan pengiklanan lazimnya dilakukan sendiri oleh pengamal pengiklanan dan media berdasarkan garis panduan yang ditetapkan oleh Kod Amalan Pengiklanan Singapura dan ditadbirkan oleh Penguasa Piawaian Pengiklanan Singapura.



Justeru, prinsip asas kod itu mengawal pengiklanan dalam beberapa aspek seperti kandungan, termasuk tuntutan yang mengelirukan.



Tambah Muis, sama juga dengan hal ini, terdapat dasar awam dan kos yang melindungi terhadap tuntutan dan pengiklanan yang mungkin palsu, mengelirukan, tidak adil, tidak senonoh atau bercanggah dengan norma yang diterima masyarakat awam.



Larangan di bawah kod etika baru di Malaysia itu adalah untuk semua agama dan bukan hanya agama Islam bagi melarang penyalahgunaan agama dalam iklan sebagai gimik pemasaran serta dibuat demi menjaga kesucian dan sensitiviti agama, selain mengelak timbul salah tanggapan orang ramai terhadap agama.



Para peniaga di Malaysia telah menyokong langkah terkini itu demi memastikan sebarang unsur agama yang terkandung dalam iklan tidak dieksploitasi dan menyeleweng dengan tujuan meraih keuntungan semata-mata.




"Sejak beberapa tahun lalu, cabaran yang dihadapi Muis lebih kepada tuntutan palsu dan gambaran salah mengenai halal, misalnya pada sepanduk, papan isyarat, dalam talian dan aplikasi bimbit.



Muis terus menangani cabaran ini dengan berhubungan dengan pemilik perniagaan dan menerusi pendidikan awam agar anggota masyarakat dapat membuat keputusan bijak tentang pilihan mereka."
- Majlis Ugama Islam Singapura (Muis).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >