Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Muis: Fahaman Yayi langgar syariat

Aug 16, 2018 | 05:30 AM



AJARAN yang dikenali sebagai 'Fahaman Yayi' dianggap sebagai melanggar syariat Islam dan pihak yang mengamalkannya dinasihatkan agar segera berhenti.



Demikian dinyatakan Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) dalam satu kenyataannya semalam.



Kenyataan itu bagi menjawab pertanyaan media tentang aduan orang ramai berhubung gambar yang tersebar di Internet dan di laman sosial mengenai fahaman yang dipercayai songsang.



Fahaman Yayi dikatakan diasaskan oleh Parida Jayos atau juga mesra dengan panggilan Intan, dipercayai berusia dalam 60-an tahun.



Ekoran gambar yang memaparkan amalan-amalannya termasuk perubatan alternatif yang dilihat mengelirukan tersebar sejak kelmarin, aduan dibuat kepada Muis.



Difahamkan aduan juga dibuat Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ).



Muis, menerusi e-melnya kepada Berita Harian berkata:



"Jawatankuasa Fatwa telah menerima aduan mengenai seorang individu yang didakwa mengasaskan dan mengajar 'ajaran yayi'.



"Jawatankuasa Fatwa telah mengambil langkah yang sewajarnya dalam menangani aduan tersebut, termasuk meneliti bukti yang dikemukakan pengadu dan menemuduga pihak yang berkenaan.



"Jawatankuasa Fatwa ingin menegaskan bahawa amalan-amalan yang dipaparkan dalam bahan aduan adalah melanggar syariat."



Bagaimanapun, menurut kenyataan itu lagi, jawatankuasa tersebut tidak dapat mensabitkan bahawa individu tertuduh adalah pengasas yang menyebarkan ajaran demikian.



"Namun, oleh kerana beliau didapati terlibat dalam amalan rawatan alternatif bersama suaminya, beliau telah dinasihati agar memberhentikan aktiviti rawatan tersebut dan mendalami agama daripada asatizah yang bertauliah," tambahnya.



Berdasarkan keterangan yang diterbitkan sebagai bahan promosinya, Parida didakwa mengakui sebagai tuhan dan menjanjikan syurga buat semua pengikut.



Difahamkan sudah ada pengikutnya di Singapura dan di Johor.



Berdasarkan maklumat di sosial media, markas ajaran itu didakwa bertempat di sebuah blok di Bedok North Street 3 sementara markas di Johor terletak di Jalan Sungai Sendok, Tangkak.



Fahaman yayi antara lain mengajar pengikutnya agar tidak berpuasa dalam bulan Ramadan, tidak perlu membayar zakat, sebaliknya menyalurkan 'zakat' itu kepada ketuanya.



Ibadah haji juga dikatakan tidak perlu dilakukan di Makkah, sebaliknya disempurnakan di flatnya.



Ajaran itu juga mengamalkan mantera yang dibacakan kepada makanan dan minuman untuk disajikan kepada mereka yang menjadi penghalang pengikut.



Pengikut diarahkan meninggalkan pasangan yang menghalang amalan mereka dan sebagai ganti, mereka akan dipadankan dengan "pasangan ghaib".



Pengikut juga diarahkan agar mengenepikan Al-Quran dan hanya membaca ayat-ayat suci yang disusun oleh 'Jelmaan Tuhan'.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >