Meskipun lebih banyak ruang solat di masjid kini sudah diperuntukkan, namun para jemaah diingatkan agar terus berwaspada kerana ancaman Covid-19 masih belum berlalu.
Mengeluarkan peringatan itu di Facebooknya hari ini (17 Oktober), Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) berkata bahawa penjejakan kontak kekal penting dalam mencegah penularan virus tersebut.