Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Muis galak warga S'pura solat Hari Raya di 18 masjid yang dijangka kurang jemaah

Jun 14, 2018 | 12:22 PM



KEBANYAKAN masjid setempat dijangka penuh dengan jemaah yang menunaikan solat Aidilfitri dan seterusnya solat Jumaat pada 1 Syawal esok Jumaat (15 Jun)



Justeru, Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) menggesa jemaah turut menunaikan solat di 18 masjid setempat yang dijangka kurang dipenuhi.



“Untuk mengelak rasa kecewa dan memastikan keselesaan bagi semua, Muis dan semua masjid memohon agar jemaah tiba awal ke masjid,” kata Muis dalam kenyataannya semalam.



Antara masjid yang dicadangkan oleh Muis pada 1 Syawal ini ialah Masjid Kampung Siglap di Bedok dan Masjid Al Huda di Sixth Avenue.



Ia juga mencadangkan tujuh masjid di kelompok utara – Masjid Petempatan Melayu Sembawang, Masjid Haji Yusoff, Masjid Omar Salmah, Masjid An-Nahdhah, Masjid Alkaff Upper Serangoon, Masjid Muhajirin dan Masjid Hajjah Rahimai (Kebun Limau) – dan lagi sembilan masjid di kelompok Selatan – Masjid Al-Falah, Masjid Mujahidin, Masjid Bencoolen, Masjid Jamae Chulia, Masjid Jamiyah Ar-Rabitah, Masjid Omar Kg Melaka, Masjid Al-Amin dan Masjid Hj Md Salleh.



Terdapat 70 masjid di Singapura pada masa ini, termasuk dua masjid terbaru – Masjid Yusof Ishak di Woodlands yang lengkap dibina tahun lalu dan Masjid Maarof di Jurong West.



Pembinaan dua masjid ini dan pemuliharaan masjid lain serata pulau dijangka menambah hampir 25,000 ruang solat di Singapura pada hujung tahun ini.



Namun, buat masa ini, Masjid Anggulia, antara masjid yang tertua di Singapura, telah dirobohkan untuk dibangun semula dan Masjid Darul Ghufran di Tampines pula sedang menjalani peningkatan semula.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >