Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Muis gesa jemaah haji nilai pakej ikut keperluan, kemampuan

May 03, 2022 | 05:30 AM



MAJLIS Ugama Islam Singapura (Muis) menasihatkan bakal jemaah haji tahun ini supaya membuat penilaian yang sebaik mungkin terhadap pakej yang ditawarkan berdasarkan keperluan dan kemampuan mereka sebelum membuat sebarang keputusan.



Bakal jemaah akan dimaklumkan untuk mengambil Surat Tawaran dan Surat Pemilihan Pakej Haji daripada Muis pada 5 Mei.



Minggu lalu, Muis mengumumkan bahawa Singapura menerima kuota haji seramai 407 jemaah dari Arab Saudi, iaitu 45 peratus lebih rendah berbanding kuota rasmi 900 jemaah.



Dalam kenyataannya semalam, Muis berkata: "Calon jemaah dinasihati supaya tidak membuat apa-apa pembayaran kepada GSA yang diluluskan hingga mereka menerima Surat Pemilihan Pakej Haji daripada Muis.



"Jemaah juga dinasihati supaya membaca dan memahami kandungan Kontrak Pembelian Pakej Haji.



"Pihak ejen penjualan (GSA) juga diminta menerangkan secara terperinci kepada bakal jemaah sebelum mengesahkan dan menandatangani setiap kontrak."



Sebanyak dua Ejen Penjualan Individu (IGSA) dan dua Ejen Penjualan Konsortium (CGSA) telah dilantik oleh Muis untuk menawarkan pakej haji bagi tahun ini dan bakal jemaah mempunyai pilihan untuk memilih sebanyak 10 pakej yang telah diluluskan.



Ketika dihubungi Berita Harian (BH), beberapa ejen yang telah dilantik Muis untuk mengendalikan ibadah haji untuk jemaah Singapura berkata mereka telah menyiapkan pakej dan keperluan haji tahun ini meskipun dengan hambatan dan batasan masa.



Disebabkan kepadatan tarikh akhir dan pengumuman kuota haji agak lewat, pakej ini terpaksa dikurangkan kepada dua hingga tiga pakej haji sahaja berbanding sebelum ini.



"Kita mahukan yang terbaik untuk para jemaah kita apabila mereka menunaikan haji nanti, agar mereka tidak perlu risau apabila mereka di sana nanti, lebih-lebih dalam keadaan sekarang," jelas Encik Ayoob Angullia, pemilik Kumpulan Shahidah Travel & Tours Pte Ltd.



Pengurus Besar Halijah Travels, Encik Haffidz Abdul Hamid pula menggesa bakal jemaah untuk "pastikan pakej yang dipilih sesuai dengan cita rasa dan keperluan mereka" sebelum membuat keputusan.



"Selain harga, mereka juga perlu lihat kepada lokasi hotel dan penginapan yang ditawarkan ejen yang dilantik.



"Bagi Halijah Travels, kami telah menempah hotel Makkah Hotel & Towers yang terletak bersebelahan dengan Masjidil Haram untuk memudahkan perjalanan jemaah kami."



Shahidah Travel dan Halijah Travel merupakan dua IGSA yang dilantik tahun ini.



Di samping membuat pilihan pakej yang sesuai, para jemaah juga dinasihatkan untuk membuat persiapan secara rohani dan mental.



Encik Ayoob berkata syarikatnya akan mengadakan sesi senaman untuk jemaahnya untuk meningkatkan lagi tahap kecergasan mereka sebagai persiapan melakukan sai antara Safa ke Marwah nanti.



"Mungkin mereka sudah lama tidak bersenam sejak Covid-19 melanda, jadi penting untuk kita pastikan mereka sedia secara fizikal ketika di sana nanti," ujarnya.



Menurut Pengarah Syarikat Jalaluddin Travel & Services Pte Ltd, Cik Noor Faizah Mustaffa, jemaah juga harus bersedia menghadapi pertukaran jadual yang tidak diduga oleh pihak syarikat dan Agensi Pelancongan Islam Singapura (Amtas) selain meningkatkan ilmu dalam bab haji dan umrah.



"Oleh kerana waktu sudah terlalu singkat, jemaah tidak mempunyai banyak waktu seperti pra-pandemik dahulu untuk belajar selama beberapa bulan.



"Mula hadir ke kuliah-kuliah haji dan umrah selepas Syawal ini, tonton video-video mengenai haji supaya dapat sedikit-sebanyak menenangkan jemaah," kata beliau.



Namun, ejen yang dihubungi rata-rata berkata antara perkara yang tidak harus dipandang remeh oleh bakal jemaah adalah keperluan untuk menjalani ujian Rantaian Polimerase (PCR), sebelum mereka berangkat dari Singapura.



Semua jemaah haji tahun ini harus diuji negatif Covid-19 dalam tempoh 72 jam sebelum berangkat ke Tanah Suci seperti yang telah ditetapkan kerajaan Arab Saudi.



"Bagi mereka yang diuji positif, kalau mereka dapat sembuh sebelum 3 Julai (tarikh terakhir bagi penerbangan yang masuk ke Saudi bagi musim haji tahun ini), mereka mungkin boleh menyertai kumpulan jemaah lain yang sudahpun berada di sana.



"Oleh itu saya saya sarankan agar mereka mendapatkan insurans perjalanan dan perubatan agar dapat sebahagian daripada kos pakej haji mereka sekiranya mereka tidak dapat berlepas," kata Encik Ayoob.



Dengan permintaan PCR ini, Cik Noor Faizah menjangkakan ianya mungkin akan menyebabkan beberapa jemaah sahaja yang dapat berangkat.



"Dengan itu, kami menyarankan bahawa jemaah Haji kami mengurangkan interaksi sesama keluarga atau di tempat kerja seminggu sebelum keberangkatan," ujar beliau.




SENARAI AGENSI PELANCONGAN (GSA) INDIVIDU DAN KONSORTIUM YANG DILULUSKAN MUIS



GSA INDIVIDU



(1) Halijah Travels

(2) Shahidah Travel & Tours



GSA KONSORTIUM



(3) Jalaluddin Travel & Services (Ketua Ejen)

(4) Hagel Travel & Tours (Anggota)

(5) Noor Mohamad Services & Travel (Anggota)

(6) TM Fouzy Travel & Tours (Ketua Ejen)

(7) Hamidah Travel & Tours (Anggota)

(8) Hahnemann Travel & Tours (Anggota)



Sumber: Muis




File

Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >