Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Muis giat persiap masjid terima lebih ramai jemaah

Pelaksanaan ruang solat tambahan secepat mungkin; namun ada masjid perlu masa kerana proses penyesuaian, tenaga relawan berbeza
Nov 14, 2021 | 05:30 AM



MAJLIS Ugama Islam Singapura (Muis) giat membuat persiapan bagi membolehkan 100 jemaah bersembahyang Jumaat pada satu-satu masa di sebanyak mungkin masjid, secara berperingkat-peringkat.



Pembukaan ruang maksimum itu adalah kerana proses membuat penyesuaian adalah berbeza-beza bagi setiap masjid, yang bergantung kepada sumber, tenaga kerja sukarelawan dan ruang yang dimiliki.



Menjelaskan lebih lanjut semasa dihubungi Berita Minggu (BM), jurucakap Muis berkata, pihaknya sedang mengusahakan hal ini secepat mungkin dan berharap akan kerjasama dan pemahaman masyarakat.



"Setiap masjid memerlukan masa yang berbeza untuk membuat penyesuaian kerana mereka mempunyai tahap sumber, tenaga kerja dan hambatan ruang yang berbeza-beza.



"Jadi dari segi tempoh masa bila jumlah jemaah terkini (100 orang) dapat dilaksanakan, akan bergantung kepada ketentuan dan keupayaan setiap masjid," ujar beliau.



Awal dari ini, beberapa netizen telah hangat memperkatakan tentang tempoh agak lama - iaitu empat hingga enam minggu - yang diperlukan untuk masjid-masjid setempat melaksanakan dan menerima jumlah jemaah baru.



Menjawab pertanyaan BM, Muis juga berkata, proses penyesuaian bagi menampung lebih ramai jemaah di masjid bukan hanya melibatkan usaha menukar dan menampal tanda solat baru.



Ini diterangkan oleh Ketua Eksekutif Muis, Encik Kadir Maideen, kepada media kelmarin, dan tidak menyebut pelaksanaan lebih banyak ruang mengambil sehingga 4 hingga 6 minggu.



Ia giat dimulakan secara bertahap.



Muis menjelaskan lagi semalam: "Kami juga harus menyesuaikan jadual sukarelawan dan lebih ramai sukarelawan diperlukan untuk menguruskan lebih ramai jemaah dengan selamat.



"Selain itu, kami juga harus menyesuaikan sistem tempahan bagi memastikan ia dapat menangani dan menguruskan jumlah tempahan lebih tinggi kerana lebih ramai orang akan membuat tempahan," terang beliau.



Namun, walaupun dalam keadaan sekarang, masih ada ruang kosong yang tidak dipenuhi di sesetengah masjid bagi solat Jumaat.



Dalam kelonggaran langkah terkini, pemerintah telah meningkatkan jumlah jemaah di zon ruang solat kepada 100, berbanding 50 orang sebelum ini.



Dalam hal ini, Muis menjelaskan ada sesetengah masjid yang boleh menampung jumlah maksimum yang dibenarkan berdasarkan garis panduan sekarang, manakala ada pula bergantung kepada ruang masjid yang ada.



Pada masa sama, pihak Muis melahirkan penghargaan terhadap kesungguhan dan kesanggupan dari pihak masjid untuk menerima jemaah ke masjid.



Di bawah kelonggaran terkini juga, jemaah boleh menempah slot sembahyang Jumaat setiap minggu, tanpa perlu menanti dua atau tiga minggu antara tempahan.



Sembahyang Jumaat juga dimulakan lebih awal, selaras dengan waktu Zohor yang lebih awal sekarang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >