Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Muis hargai sumbangan Haji Othman untuk masyarakat Islam S'pura

Kenyataan media Majlis Ugama Islam Singapura
Apr 17, 2017 | 04:02 PM



MAJLIS Ugama Islam Singapura (Muis), bersama-sama dengan masyarakat Islam Singapura, berasa amat sedih atas pemergian salah seorang pengasas Singapura, Haji Othman Wok.



Haji Othman diingati sebagai salah seorang anggota pasukan pengasas pemimpin yang membina Singapura di waktu yang mencabar semasa sejarah awal Singapura.



Sebagai Menteri Hal Ehwal Masyarakat antara 1963 hingga 1977, beliau meletakkan asas bagi pentadbiran hal ehwal Islam di Singapura serta membangunkan dasar dan prasarana negara untuk budaya dan kebajikan masyarakat bagi sebuah negara baharu.



Warisan utamanya adalah pembangunan Akta Pentadbiran Hukum Islam (AMLA) bersama-sama dengan Allahyarham Profesor Ahmad Ibrahim.



AMLA telah berjaya membawa kepada penubuhan Majlis Agama Islam Singapura (Muis), Mahkamah Syariah dan Pejabat Pendaftaran Perkahwinan (ROMM).



Ini adalah manifestasi daripada pandangan jauh beliau dalam membina institusi yang akan membangun dan berkhidmat kepada masyarakat.



Beliau memainkan peranan yang besar dalam mewujudkan Dana Pembinaan Masjid, apabila sumber terpaksa digerakkan untuk membina masjid baru bagi masyarakat Islam sedang negara menjalani pembangunan pesat.



Melalui dana ini, masyarakat telah dapat membina 26 masjid pelbagai fungsi baru, yang menawarkan pelbagai program untuk pembelajaran agama dan pembangunan sosial yang memberi manfaat kepada masyarakat dan seterusnya hingga ke hari ini.



Penggunaan dana sejak itu juga telah diperluas untuk merangkumi menaik taraf masjid lama dan pendidikan agama.



Satu lagi warisan ketara Encik Othman ialah penubuhan Pejabat Pengurusan Haji Singapura, sistem formal Singapura yang pertama bagi pendaftaran untuk ibadah haji. Ini telah membantu untuk mewujudkan sistem pengurusan haji yang cekap dan profesional yang memastikan perjalanan yang lancar bagi jemaah haji Singapura.



Dengan pemergian beliau, masyarakat telah kehilangan seorang pemimpin yang gigih meningkatkan taraf hidup masyarakat. Sumbangan besar beliau bukan sahaja mewujudkan kesan yang mendalam terhadap kehidupan umat Islam Singapura tetapi juga telah membolehkan mereka untuk maju dan makmur sedang negara terus berkembang.



Muis ingin merakamkan ucapan takziah kepada keluarga beliau atas rasa kehilangan mereka. Semoga Allah swt mencucuri rahmat atas segala sumbangannya demi kesejahteraan masyarakat dan negara.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >