Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PARLIMEN

Muis hulur pelbagai bantuan kepada pelajar pengajian Islam di universiti luar negara

Feb 02, 2021 | 05:30 AM



SERAMAI 410 pelajar Singapura di universiti-universiti pengajian Islam telah dihantar pulang oleh Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) di tengah-tengah pandemik Covid19 melalui penerbangan yang dicarter dan peraturan perjalanan khas.



Sementara itu, bagi 180 pelajar dengan masalah kewangan, Muis telah menawarkan subsidi secara keseluruhan berjumlah $102,000 untuk mengurangkan kos penerbangan kembali ke Singapura, kata Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.



Encik Masagos, yang juga Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF), berkata demikian dalam jawapan bertulis menyusuli pertanyaan yang diutarakan Dr Wan Rizal Wan Zakariah (GRC Jalan Besar).



Dr Wan Rizal telah bertanyakan jenis bantuan yang disediakan kepada pelajar Singapura yang mengikuti pengajian Islam di luar negara semasa pandemik.



Di samping itu, Muis juga turut membantu menguruskan peperiksaan universiti dalam talian bagi mengurangkan gangguan pengajian Islam para pelajar.



"Muis turut membantu dengan kelas Arab dalam talian serta ujian penempatan bagi pelajar yang ingin mendaftar bagi kursus Islam luar negara semasa pandemik," jelas Encik Masagos.



Bagi memanfaatkan penggunaan masa sepenuhnya bagi pelajar yang dihantar pulang ke Singapura, Muis telah menganjurkan sejumlah 41 bengkel, webinar dan sesi pendekatan antara Ogos dengan Disember tahun lalu.



Ia bagi membolehkan mereka meraih kemahiran relevan dan mempersiap mereka bagi pekerjaan dalam sektor keagamaan Islam.



Webinar dan bengkel, menurut Encik Masagos, merangkumi topik seperti celik digital dan pemasaran, perhubungan dan berpidato umum, menangani sikap eksklusif serta sokongan bagi kesihatan mental.



Muis juga telah mengatur kerja sambil belajar (internship) dan pekerjaan secara sambilan bagi para pelajar itu dalam pertubuhan keagamaan dan sektor khidmat sosial.



Di samping itu, seramai 72 pelajar juga telah berkhidmat sebagai Duta Jarak Selamat di masjid untuk memastikan masyarakat selamat daripada Covid-19.



"Muis akan terus memantau keadaan Covid-19 dan menasihati pelajar mengenai penyambungan semula pengajian di luar negara," kata Encik Masagos lagi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >