Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Muis ikhtiar ibadah korban boleh dilaksana di sini

Jul 31, 2022 | 05:30 AM



MAJLIS Ugama Islam Singapura (Muis) akan terus memperkemaskan ibadah korban untuk tahun hadapan dan akan lihat sama ada ibadah korban dapat dilakukan di sini.



Tahun ini merupakan tahun ketiga Singapura tidak mengimport kambing biri-biri hidup untuk ibadah korban.



Bercakap kepada Berita Harian semalam, Ketua Eksekutif Muis, Encik Kadir Maideen berkata, pihakya akan menyesuaikan diri dengan keadaan sedang pandemik semakin pulih.



Kata Encik Kadir, beliau yakin ia akan disambut dengan baik oleh masyarakat kita yang kini mempunyai kehidupan yang luar biasa pascapandemik.



Bagi tahun ini, sebanyak 5,400 ekor kambing biri-biri ditempah masyarakat Islam untuk ibadah korban melalui 54 masjid yang mengambil bahagian. Haiwan korban itu disembelih di Australia dan dagingnya dibawa ke sini.



Semalam, Muis mengadakan program pengagihan 600 kilogram daging korban serta 700 paket nasi beriani kepada penerima bantuan Muis di kawasan Taman Jurong dan Boon Lay.



Presiden Muis, Encik Saat Abdul Rahman, turut hadir menjayakan acara itu.



Ia turut bekerjasama dengan Jawatankuasa Korban SalamSG Masjid Assyakirin dalam mengagihkan daging dan paket nasi beriani kepada lebih daripada 300 isi rumah yang menerima bantuan zakat serta rumah kebajikan seperti Casa Raudha, Melrose Home dan St Andrew's Nursing Home.



Menurut Pengerusi Eksekutif Masjid Assyakirin, Ustaz Muhammad Hafiz Abdul Rashid, usaha ini tidak mungkin dapat dijalankan tanpa sokongan sukarelawan.



"Operasi sebesar ini dapat dijayakan hasil sokongan padu yang terdiri daripada Masjid Assyakirin dan kakitangan Muis.



"Tahun ini juga unik kerana kita dapat menjemput dua penerima zakat habuan daging ini untuk turut memberi tenaga dan menjadi sebahagian daripada usaha kita," katanya.



"Saya berharap sikap seperti berkorban, bantu-bantu, gotong-royong dapat terus dilestarikan di kalangan masyarakat Singapura dan masjid dapat menjadi wadahnya dalam masa akan datang," tambahnya.



Daging yang diedarkan adalah sumbangan daripada masyarakat Islam yang menyumbang sebahagian daripada kambing yang mereka beli untuk dikongsi bersama masyarakat.



Secara keseluruhan, masjid-masjid itu akan mengagihkan lebih 19,000 kilogram daging kepada lebih 5,000 keluarga daripada penerima zakat dalam masa dua minggu.



Mengulas tentang sokongan masyarakat, Encik Kadir melahirkan perasaan terima kasih atas sumbagan orang ramai.



"Kami amat menghargai sumbangan daging korban yang para masyarakat telah kongsikan bersama mereka yang memerlukan.



"Saya ingin menyeru agar masyarakat Islam kami terus pamerkan semangat rendah hati mereka dan sentiasa memberi dalam kehidupan harian mereka juga,"ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >