Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Muis jelaskan gambar penggalian kubur punca kekeliruan

Oct 09, 2019 | 04:32 PM



MAJLIS Ugama Islam Singapura (Muis) memberi penjelasan bahawa satu berita yang tular dalam talian, khususnya di Whatsapp, yang menunjukkan peta serta plot kubur yang dikatakan terjejas dan bakal digali semula ekoran pengembangan Pangkalan Udara Tengah, adalah tidak benar.



Dalam satu pos di laman Facebook rasmi Muis pada Selasa (8 Oktober), Muis berkata ia telah menerima banyak panggilan daripada orang ramai yang menanyakan tentang gambar yang diedarkan di Whatsapp.



“Ia tidak benar. Walaupun senarai blok dalam gambar itu memang terjejas oleh projek pengembangan Pangkalan Udara Tengah, tarikh penggalian plot tersebut belum lagi diumumkan,’’ kata Muis.



Muis menyeru orang ramai agar melihat sumber sebenar sesuatu maklumat dan bukan sekadar membaca gambar tangkap layar yang boleh menyebabkan kekeliruan.



Muis turut melampirkan notis fasa keenam, yang mengumumkan penggalian kubur dan pengkuburan semula mayat di perkuburan Muslism di Choa Chua Kang, dalam pos itu.



Dalam notis tersebut tertera bahawa kubur di Blok 6, 8, 9, 19 & 20 akan digali semula bermula 26 September 2018.



Beberapa kubur di Blok 7 turut terjejas.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >