Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Muis kaji lebih terperinci daging kultur

Dec 08, 2020 | 05:30 AM



MAJLIS Ugama Islam Singapura (Muis) kini sedang mengkaji dengan lebih terperinci akan perkembangan daging kultur yang telah dibenarkan dijual di Singapura baru-baru ini.



Minggu lalu, Agensi Makanan Singapura (SFA) telah mengumumkan bahawa daging ayam, yang dihasilkan di makmal atau ayam kultur, telah lulus penilaiannya dan selamat untuk dimakan.



Daging kultur adalah daging yang dihasilkan dalam makmal menggunakan sel-sel haiwan dan tidak melibatkan penyembelihan.



Syarikat Eat Just, yang berpangkalan dari California Amerika Syarikat, ialah syarikat pertama di Singapura yang akan menyediakan dan menjual daging kultur di Singapura.



Dalam responsnya kepada Berita Harian (BH), Muis berkata dengan perkembangan yang maju dalam teknologi bidang sains makanan, banyak bentuk makanan yang canggih dan baru telah wujud.



"Satu contoh ialah ayam kultur Eat Just yang baru-baru ini diluluskan oleh SFA bagi penjualan di Singapura.



"Ini merupakan perkembangan yang sangat baru yang perlu Muis kaji dengan terperinci," kata Muis, dalam jawapan bertulis kepada BH apabila ditanya jika daging ini dianggap halal bagi umat Muslim untuk dimakan.



Muis menambah Islam mempunyai prinsip dan undang-undang yang jelas mengenai penggunaan makanan dan minuman bagi umat Islam.



"Secara umum, semua makanan adalah halal kecuali makanan seperti daging yang tidak disembelih mengikut kehendak Islam, daging babi dan berkaitan dengannya, minuman yang memabukkan dan sebarang bahan makanan tambahan/pemprosesan dari sumber terlarang ini.



"Pengguna umat Islam boleh memilih sumber protein yang mereka anggap mematuhi prinsip ini," jelas Muis mengenai faktor-faktor yang seseorang Muslim harus pertimbangkan.



Menurut Encik Josh Tetrick, ketua eksekutif Eat Just, daging ayam itu juga mempunyai potensi untuk mendapatkan sijil Halal dan itu adalah sesuatu yang syarikatnya mengharapkan pada masa depan.



Singapura sedang cuba menghasilkan protein alternatif seperti daging kultur bagi memastikan kemampanan penghasilan makanan bagi menjamin keselamatan makanan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >