Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Muis keluarkan irsyad bagi solat jenazah semasa Covid-19

Mar 27, 2020 | 08:33 PM



MAJLIS Ugama Islam Singapura (Muis) mengeluarkan irsyad pada Jumaat (27 Mac), mengatakan solat jenazah masih boleh dilaksanakan semasa penularan Covid-19.



Ia namun perlu dilaksanakan dengan penyesuaian dan berpandukan garis pandu yang ditetapkan Kementerian Kesihatan (MOH), agar tidak menjadi sebab penularan virus, kata Muis dalam kenyataannya.



Ini termasuk langkah-langkah utama memastikan jarak fizikal sekurang-kurangnya satu meter antara satu sama lain dan setiap perhimpunan (di luar sekolah atau kerja) tidak melebihi 10 orang.



Berikut adalah langkah-langkah yang harus dipatuhi: 




  1. Solat jenazah ditunaikan di dalam rumah selagi mana terdapat ruang yang mencukupi untuk menunaikannya.




  2. Elakkan solat jenazah di tempat awam seperti di bawah blok untuk mengelakkan percampuran jemaah dengan orang awam lain.




  3. Pastikan jarak fizikal sekurang-kurangnya satu meter antara jemaah bersebelahan dan di antara saf.




  4. Hadkan setiap solat kepada 10 orang sahaja.




  5. Solat jenazah boleh diadakan berulang kali sekiranya mereka yang datang melebihi 10 orang. Ia boleh diimamkan oleh imam lain atau imam yang sama bagi setiap jemaah. 




  6. Pastikan mereka yang menantikan giliran untuk mendirikan solat jenazah menjaga jarak fizikal yang selamat di antara satu sama lain.




  7. Nasihatkan mereka yang tinggal jauh atau kurang sihat agar tidak menyertai pengurusan atau solat jenazah. Mereka boleh menunaikan solat jenazah ghaib di rumah atau di tempat masing-masing.




  8. Tetapkan had mereka yang menguruskan jenazah di tanah perkuburan kepada 10 orang sahaja bagi memastikan jarak fizikal yang selamat di antara satu sama lain dapat dikekalkan dan untuk mengelakkan dari berlakunya kesesakan di tanah perkuburan. 




  9. Sekiranya ahli keluarga ingin membaca tahlil setelah selesai pengebumian, pastikan agar mereka yang menyertai bacaan tahlil tersebut tidak melebihi 10 orang, dengan menjaga jarak antara mereka.



“Segala langkah tersebut perlu diberi perhatian. Ia merupakan langkah pencegahan demi memastikan keselamatan orang ramai, serta membendung penularan wabak ini daripada berterusan. 



“Pada saat dan ketika ini, kita digalakkan untuk memperbanyakkan berdoa sendirian untuk kebaikan jenazah,” tambah Muis.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >