Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PARLIMEN

Muis kerja rapat dengan pertubuhan SG, antarabangsa pastikan piawaian tertinggi halal

Jul 07, 2022 | 05:30 AM



MAJLIS Ugama Islam Singapura (Muis) menilai kewibawaan Badan Pensijilan Halal Asing (FHCB) menerusi kedudukan mereka di sisi badan pentauliahan dan pihak berkuasa halal serantau dan antarabangsa seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Pusat Pentauliahan Majlis Kerjasama Teluk (GAC).



Mengatakan demikian dalam jawapan bertulisnya bagi soalan Parlimen kelmarin, Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, menambah Muis telah selesai menjalankan semakan menyeluruh awal tahun ini untuk memperkukuh skim pengiktirafan FHCB menerusi peningkatan dasar, proses dan tadbir urusnya.



Beliau berkata demikian sebagai menjawab pertanyaan Encik Zhulkarnain Abdul Rahim (GRC Chua Chu Kang) tentang langkah yang diambil Muis secara sendiri ataupun bersama agensi tempatan atau badan antarabangsa bagi memastikan pemegang sijil halal Muis memperoleh barangan daripada pembekal antarabangsa yang memenuhi piawaian halal Muis.



Awal bulan lalu, Muis mengarahkan pemilik sijil halal tempatan supaya tidak menggunakan dan mengimport produk daging daripada sebuah rumah penyembelihan Australia, Thomas Foods International Lobethal (TFIL), kerana ada alasan kukuh untuk merumuskan pusat itu telah melanggar prosedur penyembelihan halal.



Sebelum itu, Jakim juga telah menggantung kelulusan rumah penyembelihan TFIL hingga hasil siasatan menyeluruh diperolehi.



Namun kemudian, Majlis Islam Tertinggi bagi Daging Halal Australia (Sichma) mendakwa mereka menjadi mangsa sabotaj berhubung isu TFIL, dengan menyatakan bahawa lelaki yang mengadu tentang salah laku rumah penyembelihan itu dikatakan telah mendapat wang daripada pihak ketiga untuk melaksanakan "rancangannya" merakam keadaan di kawasan penyembelihan TFIL.



Sichma antara lima FHCB Australia yang diiktiraf Muis pada masa ini dan merupakan sebuah pertubuhan tidak meraih untung Islam yang menggalak makanan halal.



Dalam jawapan bertulisnya itu, Encik Masagos berkata pengiktirafan FHCB oleh Muis adalah berdasarkan penilaian berhubung keupayaan mereka mematuhi piawaian halal serupa atau boleh dibandingkan dengan Piawaian Halal Muis Singapura (SMHS).



"Muis komited mengekalkan tahap piawaian halal tertinggi untuk memenuhi keperluan halal masyarakat. Muis akan terus bekerja rapat dengan rakan kerja industri tempatan dan antarabangsa untuk membangunkan dan memastikan ekosistem kukuh bagi bekalan makanan halal yang berdaya tahan dan sejajar dengan SMHS," kata beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >