Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Muis kerjasama SFA dapat butiran loji penyembelihan halal Aust digantung

Sedang siasatan giat dijalankan, Muis komited pastikan daging korban halal jelang musim haji
May 17, 2022 | 05:30 AM



MAJLIS Ugama Islam Singapura (Muis) menyatakan pihaknya sedang bekerjasama dengan Agensi Makanan Singapura (SFA) untuk mendapatkan maklumat relevan berkaitan penggantungan kelulusan sebuah loji penyembelihan di Australia oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).



Dalam satu kenyataannya semalam, Muis berkata ia sedang bekerjasama dengan SFA untuk mendapatkan maklumat relevan berkaitan loji penyembelihan Thomas Foods International Lobethal, Australia, daripada Jabatan Pertanian, Air dan Sekitaran (DAWE) Australia.



"Muis difahamkan berkaitan kenyataan media bersama oleh Jakim dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia (JPV) pada 14 Mei lalu tentang penggantungan kelulusan penyembelihan bagi sebuah loji sembelihan Australia dengan serta-merta sehingga satu siasatan menyeluruh dilakukan berkaitan dakwaan tidak mematuhi piawai yang serius.



"Kami sedar bahawa loji penyembelihan yang dimaksudkan, Thomas Foods International Lobethal, diiktiraf SFA untuk mengeksport daging ke Singapura.



"Berdasarkan pemeriksaan SFA, import yang dilakukan ke sini telah mematuhi keperluan keselamatan makanan.



"Daging yang disembelih dan/atau diproses di loji penyembelihan ini diberi pensijilan halal oleh Majlis Islam Tertinggi bagi Daging Halal di Australia (SICHMA).



SICHMA disenaraikan sebagai salah satu Badan Pensijilan Halal Asing (FHCB) di bawah rangka kerja yang diiktiraf sebelum ini dan telah membuat permohonan baru bagi pengiktirafan di bawah rangka kerja FHCB Muis yang dipertingkat dan diperkenalkan baru-baru ini.



Keputusan Muis mengenai pembaharuan permohonan SICHMA untuk diiktiraf masih dipertimbangkan.



Sekiranya hasil siasatan menunjukkan terdapat salah laku oleh SICHMA, Muis mungkin mengambil keputusan untuk tidak memperbaharui permohonan SICHMA bagi pengiktirafan FHCB-nya.



"Muis ingin meyakinkan masyarakat bahawa ia komited bagi memastikan keperluan diet masyarakat Muslim setempat terus dipenuhi.



"Kami akan terus kekalkan keyakinan awam berkaitan daging atau produk halal yang diimport yang digunakan syarikat makanan dan pengilang yang diberi pensijilan oleh kami di Singapura, serta daging sembelih sempena musim Korban akan datang yang akan berlangsung di Australia dan dagingnya diterbangkan ke sini.



"Muis juga ingin menggesa masyarakat agar tidak membuat spekulasi atau menyebarkan maklumat yang tidak disahkan berkaitan hal ini sedang siasatan berjalan," tambah kenyataan itu lagi.



Sebelum ini Berita Harian Malaysia (BHM) memetik Ketua Pengarah Jakim, Datuk Hakimah Mohd Yusoff, sebagai berkata bahawa SICHMA selaku badan pensijilan halal yang bertanggungjawab dalam penyeliaan halal ke atas loji penyembelihan itu akan diberi surat tunjuk sebab dan berdepan dibatalkan status badan pensijilan halal yang diiktiraf Jakim, sekiranya didapati tidak mematuhi keperluan piawai dan prosedur halal Malaysia.



Menurut beliau, Jakim dan JPV memberi perhatian serius berkenaan dakwaan pelanggaran prosedur penyembelihan halal oleh pusat sembelihan itu yang mendapat kelulusan untuk mengeksport daging halal ke Malaysia.



Sebelum ini terdapat laporan bahawa seorang bekas pekerja di pusat penyembelihan di Australia yang diiktiraf Jakim mendakwa berlaku pelanggaran prosedur piawai operasi (SOP) keselamatan makanan, kebersihan dan piawaian halal.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >