Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PENANGKAPAN DI BAWAH ISA

Muis: Kes warga radikal peringatan bahaya pengaruh ekstremisme

Feb 10, 2021 | 05:30 AM



Berikut kenyataan penuh Majlis Ugama Islam Singapura mengenai kes guru agama sambilan yang radikal.



"KES warga Singapura berusia 34 tahun, Cik Ruqayyah Ramli, yang menjadi radikal akibat pengaruh suaminya adalah peringatan muram pengaruh ekstremisme masih wujud dan kekal bahaya pada hari ini, terutama dari sumber di dalam talian.



Meskipun ISIS sebagai sebuah pertubuhan telah dilemahkan, ideologi ganasnya berkekalan dan kita tidak harus kurang berjaga-jaga.



Meskipun Cik Ruqayyah pada mulanya ragu-ragu, dia akhirnya dipengaruhi suaminya bahawa cara ISIS menggunakan keganasan adalah benar, sehingga dia rela menemani suaminya itu ke Syria, bersama dua anaknya. Ini menunjukkan bahaya bagaimana pengajaran sedemikian tersebar dan peri penting bagi ahli keluarga supaya melaporkan perkembangan sedemikian kepada pihak berkuasa supaya ia boleh bertindak dengan secepatnya.



Tugas Cik Ruqayyah sebagai guru agama bebas sambilan membimbangkan.



Mujurlah, siasatan oleh agensi keselamatan tidak menimbulkan sebarang tanda Cik Ruqayyah cuba menyebar pandangan yang menyokong ISIS kepada orang lain.



Pentauliahan Skim Pengiktirafan Asatizah (ARS) yang dimiliki Cik Ruqayyah telah digantung sejak 16 Oktober 2020, selepas Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) memberitahu Lembaga Pengiktirafan Asatizah (ARB) mengenai kes ini.



Kami berharap Cik Ruqayyah akan beredar dari laluan radikal ini selepas menghadiri kaunseling agama.



Muis sentiasa menekankan bahawa Islam dan masyarakat Muslim di Singapura menolak dan mengutuk kuat perbuatan keganasan yang didakwa dilakukan dalam nama agama.



Kami menggesa ahli keluarga, rakan, pelajar dan rakan kerja untuk melaporkan sebarang individu yang menunjukkan ideologi esktremis atau keganasan kepada pihak berkuasa yang sesuai supaya tindakan pantas boleh diambil.



Bersama, kita boleh berperanan menjaga keselamatan masyarakat dan negara kita."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >