Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Muis lancar portal kumpul derma bantu madrasah

Dec 04, 2020 | 05:57 PM



MAJLIS Ugama Islam Singapura (Muis) pada Jumaat (4 Dis) telah melancarkan sebuah portal pendidikan awam dan pengumpulan dana baru 'OurMadrasah.SG' untuk menyokong enam Madrasah sepenuh masa di sini.



Dalam kenyataannya, Muis berkata bagi membantu madrasah tangani tempoh mencabar ini, Muis dan madrasah setempat telah bekerjasama untuk membangunkan portal tersebut.



Menurut Muis portal itu diharap dapat memperluas jangkauan dan berkongsi kepada orang ramai tentang madrasah setempat menerusi video, laporan dan tulisan.



Ia diharap dapat mengetengahkan pencapaian masyarakat dan pembangunan madrasah setempat, tambah Muis.



Portal itu juga berfungsi sebagai platform mudah bagi membuat pembayaran agar lebih mudah bagi masyarakat menderma secara dalam talian, kata Muis.



Masyarakat boleh menderma menerusi laman https://ourmadrasah.sg dengan menggunakan kad debit atau kredit, eNETS, PayNow dan GIRO.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >