Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Muis lantik 2 ejen penjualan Individu, dua ejen penjualan konsortium untuk urus pakej haji tahun ini

May 02, 2022 | 11:00 AM



SEBANYAK dua ejen penjualan individu (IGSA) dan dua ejen penjualan konsortium (CGSA) telah dilantik  Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) untuk menawarkan pakej haji bagi tahun ini.

Bakal jemaah haji Singapura boleh memilih daripada 10 pakej yang telah diluluskan, menurut kenyataan Muis pada Isnin (2 Mei).

Muis menyatakan lima daripada 10 pakej yang ditawarkan terdiri daripada pakej jangka pendek, iaitu perjalanan dan penginapan dengan tempoh antara 14 dengan 23 hari.

Lagi lima pakej ialah pakej jangka panjang melibatkan tempoh antara 25 dengan 29 hari.





Harga pakej paling rendah ialah $6,830 bagi penginapan bagi empat orang sebilik, manakala yang tertinggi adalah $15,125 bagi dua orang sebilik.

Harga pakej termasuk kos bantuan perubatan kecemasan (EMA), tetapi tidak termasuk kos penerbangan, Masyair dan cukai.

Harga Masyair dianggarkan antara $5,000 hingga $9,000.

Calon jemaah haji digalak untuk membeli insurans perubatan dan perjalanan untuk melindungi mereka dari sebarang kecemasan sekiranya mereka gagal ujian Rantaian Polimerase (PCR) dalam tempoh 72 jam sebelum berlepas.





Bakal jemaah tahun ini akan menerima surat pemilihan pakej haji minggu ini.

Muis menasihatkan calon jemaah haji agar menilai pakej yang ditawarkan berdasarkan keperluan dan kemampuan sebelum buat keputusan.

“Calon jemaah dinasihati supaya tidak membuat apa-apa pembayaran kepada GSA yang diluluskan hingga mereka menerima surat pemilihan pakej haji daripada muis,” menurut kenyataan tersebut.

Jemaah juga dinasihati supaya membaca dan memahami kandungan kontrak pembelian pakej haji.

 Pihak ejen penjualan (GSA) juga diminta menerangkan secara terperinci kepada bakal jemaah sebelum mengesahkan dan menandatangani setiap kontrak.

Maklumat mengenai ejen pelancongan yang sah dan pakej haji diluluskan bagi tahun ini boleh diperolehi menerusi laman www.muis.gov.sg/Haj.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >