Subuh
5:58
Syuruk
7:15
Zuhur
1:19
Asar
4:33
Maghrib
7:21
Isyak
8:30
Setempat0

Muis lantik Majlis yang ke-18

Aug 16, 2019 | 08:15 PM

SERAMAI enam muka baru termasuk seorang asatizah wanita telah dilantik ke dalam Majlis Muis.

Dua anggota mapan, Haji Safawi Ahmad dan Ustaz Ali Mohamed, merupakan antara lapan anggota yang mengundurkan diri daripada majlis tersebut.

Menurut kenyataan Majlis Ugama Ugama Islam Singapura (Muis) semalam, enam muka baru dalam Majlis Muis ialah Ustazah Sukarti Asmoin, Encik Abdul Hamid Abdullah (karyawan korporat), Encik Abu Bakar Mohd Nor (karyawan korporat), Ustaz Fathurrahman Dawoed (asatizah), Encik Rohan Nizam Basheer (pendidik) dan Encik Muhammad Imran Kuna Abdullah (usahawan). 

Muis menambah pelantikan 17 anggota Majlis Muis merangkumi karyawan daripada pelbagai latar belakang termasuk sektor pendidikan, perkhidmatan awam, korporat dan keagamaan.

Dengan penyertaan Ustazah Sukarti Asmoin kini ada lima anggota wanita dalam majlis tersebut.

Berita Popular

Video Baru

Podcast Baru

Try the new Halal Food Map