Subuh
5:53
Syuruk
7:09
Zuhur
1:14
Asar
4:15
Maghrib
7:17
Isyak
8:25
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Muis: Lebih ramai dapat tunaikan solat Jumaat selepas ia dibenar dilakukan lebih awal

Apr 10, 2021 | 05:30 AM



LEBIH ramai anggota masyarakat Melayu/Islam di Singapura dapat menunaikan solat Jumaat selepas solat dibenarkan dilakukan lebih awal ekoran pandemik Covid-19, menurut Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) dalam satu kenyataan semalam.



Pada masa yang sama, Muis menasihatkan masyarakat Islam agar berlapang dada dalam menerima perbezaan pandangan dalam hal itu serta menghayati keluasan syariat Islam.



Kenyataan itu dikeluarkan bagi menjelaskan keadaan setelah timbul beberapa percanggahan pandangan dalam talian apabila solat Jumaat dilakukan pada waktu lebih awal, sejak Jun tahun lalu.



Muis berkata pengamalan agama pada hari ini dapat berkembang dengan baik kerana institusi fatwa serta masyarakat Islam Singapura dapat menghayati prinsip agama dan menerima kepelbagaian pandangan.



Ini juga adalah cara Singapura menangani isu-isu baru, seperti yang termaktub di dalam Akta Pentadbiran Hukum Islam (AMLA).



Justeru, dalam memutuskan tentang solat Jumaat di tengah-tengah Covid-19, Jawatankuasa Fatwa boleh mempertimbangkan pendapat mazhab selain daripada mazhab Shafie, sekiranya pendapat itu bertembung dengan kemaslahatan masyarakat awam, seperti yang termaktub di bawah Amla.



Maka itu, Jawatankuasa Fatwa telah memutuskan solat Jumaat boleh diawalkan waktu pelaksanaannya sebelum zawal matahari jika diperlukan dalam suasana pandemik yang masih berterusan.



"Ini berdasarkan keperluan menyempurnakan beberapa sesi solat Jumaat dengan selamat serta penuh tanggungjawab apabila waktu zohor lewat demi membolehkan lebih ramai menunaikan solat Jumaat, dan dalil-dalil yang menyokong pelaksanaan solat Jumaat sebelum zawal matahari," jelas Muis dalam kenyataannya.



Muis menjelaskan permasalahan baru yang timbul dalam suasana pandemik memerlukan ijtihad ulama serta Ulul-'Amri agar masyarakat dapat meneruskan pengamalan serta menghidupkan syiar-syiar agama dengan selamat dan bertanggungjawab.



Untuk tujuan ini, Jawatankuasa Fatwa telah memikirkan setiap permasalahan yang timbul dengan berpandukan tiga prinsip utama - mengambil kira realiti kehidupan, tradisi keilmuan Islam dan aspek taysir (kemudahan).



"Dapatan sains perubatan serta nasihat pihak penguasa kesihatan di dalam negara jelas menekankan bahawa kita masih berada di dalam situasi yang sukar lagi mencabar, bahkan yang masih tidak menentu di peringkat global. Kerana itu, masih terdapat banyak sekatan bagi ibadat secara berjemaah," ujar Muis.



Bagi memastikan jemaah dapat beribadah dengan selamat selepas masjid dibuka semula sambil mematuhi langkah jarak selamat, Jawatankuasa Fatwa telah menimbangkan beberapa huraian untuk memberi ruang dan peluang solat yang lebih kepada masyarakat, dengan mengambil kira teks-teks agama sebagai panduan.



Pada masa yang sama, Jawatankuasa Fatwa akur bahawa para ulama dahulu membincangkan permasalahan waktu solat Jumaat pada situasi biasa dan bukannya dalam situasi pandemik.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >