Subuh
5:48
Syuruk
7:05
Zuhur
1:10
Asar
4:16
Maghrib
7:13
Isyak
8:21

Muis mahu pulangkan wang daftar haji golongan yang sudah daftar dan bayar tapi tidak jalani haji

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Muis mahu pulangkan wang daftar haji golongan yang sudah daftar dan bayar tapi tidak jalani haji

Oct 02, 2021 | 06:21 PM

MAJLIS Ugama Islam Singapura (Muis) ingin menghubungi individu berkenaan wang yang tidak dituntut dan dipegang oleh badan berkanun itu.

Menurut Muis dalam kenyataannya pada Sabtu (2 Oktober), orang perseorangan ini telah mendaftar untuk menunaikan haji dan telah membayar yuran pendaftaran haji tetapi akhirnya tidak menunaikan ibadah tersebut.

Muis menjelaskan individu yang tersenarai di laman www.unclaimedmonies.gov.sg atau waris mereka yang telah meninggal dunia boleh mengemukakan tuntutan.

Borang pengembalian yuran boleh didapatkan di https://www.muis.gov.sg/Haj/Forms

Seseorang penuntut atau waris mereka harus menghantar salinan imbasan borang yang telah dilengkapkan berserta dokumen-dokumen sokongan kepada Muis melalui e-mel ke haj@muis.gov.sg.

Orang ramai boleh menghubungi Unit Strategik Perkhidmatan Haji di talian 6359-1106, 6359-1188 atau 6359-1413.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3