Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Muis perangi sikap eksklusif, radikalisme secara aktif, berterusan

Usaha giat dijalankan sejak 9/11 dan JI terbongkar, dengan inisiatif tambahan
Jun 15, 2017 | 05:30 AM



MAJLIS Ugama Islam Singapura (Muis) telah lama mendekati pihak berkepentingan untuk membincangkan petanda larangan, atau OB Markers, meliputi pemikiran agama yang dianggap ekstrem dan tidak dapat diterima dalam konteks negara majmuk dan sekular Singapura.



Pihak-pihak tersebut termasuk pemimpin masjid, asatizah, penuntut posmenengah luar negara, pemimpin belia dan kakitangan Muis sendiri.



Dalam mendekati mereka, Muis menekankan supaya kandungan program yang disampaikan kepada orang ramai tidak melampaui petanda larangan itu.



Usaha menjelaskan petanda larangan itu adalah antara ikhtiar berterusan Muis itu menangani sikap eksklusif dan ekstrem di tengah-tengah ancaman pengganasan sejagat yang mencemari Islam.



Dalam satu sidang media baru-baru ini, Muis menjelaskan langkah-langkahnya untuk menangani sikap eksklusif dan ekstrem mula dilaksana selepas serangan 11 September di Amerika Syarikat dan penangkapan anggota Jemaah Islamiyah (JI) di Singapura pada 2001.



Bagaimanapun, penularan ancaman kumpulan pengganas ISIS pada 2014 bermakna ancaman radikalisasi turut berubah, sekali gus memerlukan Muis memberi respons menerusi inisiatif tambahan.



Bercakap kepada Berita Harian, Naib Pengarah, Pejabat Mufti dan Pembangunan Asatizah Muis, Ustaz Irwan Hadi Mohd Shuhaimy, berkata bagi asatizah, petanda larangan itu turut tertera dalam kod etika, Skim Pengiktirafan Asatizah (ARS).



"Sebagai asatizah berdaftar, mereka perlu mematuhi kod etika itu. Jika asatizah kita gagal melakukan demikian, kami akan mendekati mereka, memberi mereka kaunseling, tetapi jika ia berlarutan, kami mempunyai pilihan untuk mengambil tindakan," ujar beliau.



Di samping itu, Muis mengadakan bengkel secara kerap untuk asatizah memahami isu berkaitan radikalisme. Bengkel terkini diadakan awal bulan lalu.



Ini antara usaha Muis membangunkan dan menyebarkan kandungan dalam usahanya memerangi ancaman fahaman ekstrem.



Bertema Mencabar Naratif Radikal, ia dianjurkan bersama Sekretariat Penyelarasan Keselamatan Nasional (NSCS) dan Pusat Perilaku Sains Home Team.



Sejumlah 20 asatizah daripada masjid dan pertubuhan Melayu/Islam serta enam pekerja belia Islam telah menghadiri bengkel tersebut.



Bengkel-bengkel sedemikian juga disasarkan pada lulusan pendidikan Islam baru.



Pada Julai 2016, Muis bekerjasama dengan Program Pengajian Perhubungan Antara Agama dalam Masyarakat Majmuk (SRP), RSIS, Universiti Teknologi Nanyang (NTU) mengadakan program 10 hari bertema Konteks Pemikiran Islam: Hidup dalam Masyarakat Majmuk.



Menurut Muis, program itu menyediakan peserta dengan keperluan melihat konteks apabila doktrin agama mencabar kehidupan dalam masyarakat majmuk, sambil melengkapkan mereka dengan konsep, kaedah dan kemahiran relevan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >