Subuh
5:58
Syuruk
7:15
Zuhur
1:19
Asar
4:32
Maghrib
7:20
Isyak
8:30
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Muis: Perbuatan 'mungkar' perlu dihentikan

May 28, 2021 | 05:30 AM



BERIKUT kenyataan penuh Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) mengenai isu 'tinjauan' bersifat lucah mengenai asatizah tempatan:



'Kami telah mendapat tahu bahawa terdapat pos dalam sebuah aplikasi media sosial yang merendahkan dan menghina maruah beberapa guru agama wanita dan anggota masyarakat asatizah. Pos itu telah menyebabkan keresahan yang amat sangat terhadap individu yang dinamakan dalam pos itu. Ramai anggota yang prihatin dalam masyarakat telah menulis kepada Muis melahirkan rasa terkejut dengan perkembangan ini.



Muis amat prihatin mengenainya. Kami telah mendekati untuk bercakap dengan mangsa pos dan akan menyediakan sokongan dan kaunseling bagi membantu (mereka) melalui tempoh traumatik ini. Muis juga telah membuat laporan polis bagi pihak berkuasa mempercepatkan siasatan mengenai hal ini dan akan membawa pesalah ke muka pengadilan.



Sebagai sebuah Badan Berkanun dan penguasa agama Islam tertinggi, Muis tidak akan bertoleransi terhadap apa bentuk gangguan seksual. Sikap ini adalah terkeji dalam agama kita, satu 'mungkar' yang perlu dihentikan dan sesuatu yang mengaibkan masyarakat Islam. Agama kita menyeru supaya saling menghormati pada setiap masa dan menekankan kepentingan, keperluan demi melindungi kehormatan dan maruah anggota masyarakat."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >