Muis, Pergas meterai perjanjian tingkat keupayaan asatizah menerusi ARS

MAJLIS Ugama Islam Singapura (Muis) dan Persatuan Ulama dan Guru-Guru Agama Islam Singapura (Pergas) telah memeterai perjanjian baru bagi memperteguh komitmen mereka dalam rangka mempertingkat keupayaan asatizah menerusi Skim Pengiktirafan Asatizah (ARS).

Di bawah Memorandum Persefahaman (MOU) itu, Muis akan memperuntukkan geran $615,000 bagi program Pendidikan Profesional Berterusan (CPE) yang akan dijalankan pada 2018 dan 2019 untuk asatizah.