Subuh
5:30
Syuruk
6:53
Zuhur
12:56
Asar
4:19
Maghrib
6:56
Isyak
8:11
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Setempat
27
0

Muis perkukuh langkah elak salah guna logo halal luar negara: Masagos

Aug 02, 2023 | 03:09 PM



Bagi mengelakkan penyalahgunaan logo halal luar negara, Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) akan mengukuhkan kawal selia Badan Pensijilan Halal Asing (FHCB), kata Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.

Muis akan memperkukuh rangka kerja undang-undang bagi mengiktiraf FHCB menyusuli semakan menyeluruh ke atas skim pengenalan FHCB pada 2021, ujar beliau.

Ini selain menyelaraskan penggunaan sijil halal luar negara yang diiktiraf di Singapura melalui skim tersebut serta mengenakan penalti jika berlaku sembarang penyalahgunaan tanda atau sijil FHCB, tambahnya.

Encik Masagos berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada soalan Encik Zhulkarnain Abdul Rahim (GRC Chua Chu Kang) semasa sidang Parlimen pada Rabu.

Di samping itu, Encik Zhulkarnain bertanya mengenai tindakan yang diambil terhadap pengimport makanan berlesen yang menggunakan sijil atau label halal palsu.

Pertanyaan itu merujuk kepada kes melibatkan pengimport makanan berlesen Yocorn Food Enterprise Pte Ltd yang menjual itik salai menggunakan label halal palsu di premis makanan dan minuman yang mempunyai sijil halal Muis.

Encik Masagos berkata sebaik sahaja mengetahui tentang perkara itu, Muis mengarahkan premis makanan lain yang memiliki sijil halal Muis itu supaya jangan membeli itik salai itu daripada Yocorn.

Meskipun lesennya tidak digantung, Yocorn dan pengarahnya masing-masing disaman $35,000 dan $20,000.

“Muis kerap memeriksa premis makanan yang disahkan halal bagi memastikan produk mereka disertakan sijil halal sah daripada Muis atau badan pensijilan halal asing yang diiktiraf Muis.

“Premis makanan yang sebelum ini melanggar syarat pensijilan halal Muis akan diperiksa dengan lebih kerap oleh Muis,” kata Encik Masagos.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >